'Sila siasat pegawai saya' - Idris Haron
Astro Awani
Januari 10, 2017 15:36 MYT
Januari 10, 2017 15:36 MYT
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menegaskan pejabatnya membuka pintu seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat setiap pegawainya.
Beliau antara lain mengakui setiap penjawat awam tidak boleh lari daripada terdedah kepada perkara yang boleh menjejaskan integriti.
"Mana-mana pegawai saya yang didapati melakukan rasuah, saya percaya mereka terpaksa membayar harga yang tinggi.
"Kami tidak halang, kami tahu SPRM sangat profesional dalam menjalankan tugas," katanya semasa ditemubual dalam Hari Ini 8.
Idris kehadiran pegawai dan anggota SPRM ke pejabatnya pada Isnin bagi mendapatkan maklumat dan kenyataan berhubung kes salah laku beberapa pegawai di jabatan itu sebelum ini.
Beliau antara lain menafikan bahawa pejabatnya diserbu, sebaliknya SPRM memasuki pejabat dengan penuh hormat serta prosedur operasi standard yang ditetapkan.