SHAH ALAM: Silibus pembelajaran murid sekolah rendah tahap satu sepatutnya mengambil kira tahap kemampuan mereka dan tidak bersifat terlalu sukar sehingga membebankan.
Menurut Pakar Pendidikan, Prof Madya Dr Hasnah Toran, ia kerana, murid di tahap satu sebenarnya perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas seperti mengira dan mengeja.
Ujar Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, silibus murid di tahap satu kini diakui terlalu rumit dan tidak bersesuaian dengan daya intelektual mereka.
“Silibus yang terlalu tinggi akan menyukarkan mereka memahaminya dan berisiko menyebabkan mereka keciciran pula dalam kemahiran asas.
“Pembuat dasar sepatutnya kena fikir untuk memantapkan kemahiran tersebut dahulu dalam diri murid berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Hasnah memberitahu, tidak semua dalam kalangan mereka mempunyai daya intelektual yang sama disebabkan latar kehidupan berbeza terutama pelajar tahap satu di luar bandar.
“Ramai dalam kalangan murid tahap satu yang tinggal di luar bandar tidak mendapat pendidikan awal sebenarnya. Ketika mereka baru sahaja memasuki alam persekolahan, cara pegang pensil pun mereka tidak tahu,” ujarnya.
Jelas beliau, apa sahaja silibus terbaru yang ingin dilaksanakan dalam dasar pendidikan perlu juga mengambil kira kemampuan emosi para murid.
“Kadang-kadang, kita rasa perlu terkehadapan dalam soal pendidikan sehinggakan silibus pelajaran darjah empat kita bawa kepada pelajar darjah dua. Adakah kita terfikir mereka mampu menghadapinya?” soalnya.
Ulas Hasnah, ia boleh menyebabkan diri murid menjadi tertekan dan menjatuhkan semangat mereka dalam pembelajaran.
“Akhirnya mereka rasa diri mereka kurang pandai dan tidak berguna serta tiada rasa minat lagi untuk belajar,” tambah beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 18 2022
Gambar hiasan (Gambar kecil: Hasnah Toran)
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Institusi pendidikan MARA perlu kaji semula silibus - Zahid
Beliau juga ingin melihat semua program pengajian dinilai dan ditambah baik bagi memastikan ia berada di landasan yang betul.
Tiada kelas ganti untuk sekolah terjejas kes Sungai Kim Kim - Exco Pendidikan Johor
Semua 111 sekolah yang ditutup akibat pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim tidak perlu mengadakan kelas gantian kerana cuti yang telah diisytiharkan merupakan cuti bencana.