Orang ramai yang menyimpan video lucah yang dikatakan mirip seorang pemimpin kanan PAS boleh dikenakan hukuman kerana memiliki bahan terlarang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tindakan boleh diambil terhadap individu yang menyimpan video berkenaan dalam laman sosial Facebook, telefon bimbit atau cakerat padat.

Khalid berkata tindakan boleh diambil mengikut seksyen 292 kanun keseksaan kerana memiliki dan menyebar video lucah.

Setakat ini polis hanya menerima satu laporan berhubung video berkenaan di Kuala Krai, Kelantan.

Pihak polis juga masih mengesan pengedar video berkenaan untuk membantu siasatan.

Khalid yang melawat ibu pejabat kontijen polis Kelantan turut menasihat pemimpin parti politik tidak membuat hasutan ketika berkempen sehingga mencetuskan ketegangan.

Ia bagi mengelak perbalahan dan di kelantan sahaja, polis menerima 39 laporan berkait insiden khianat, pergaduhan, kes tetak dan sebagainya.

Jumlah tersebut dianggap tinggi kerana kempen pilihanraya belum lagi bemula.

Selain itu, polis mengenal pasti 80 kawasan panas 32 DUN di Kelantan yang kini dipantau ketat.