Sinar Harian dan Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama Astro AWANI telah melancarkan tabung 'Sinar4Rohingya - Solidariti untuk kemanusiaan' baru-baru ini.

Jumlah yang terkumpul setakat semalam ialah RM278,510.29.

Lebih 100 NGO dan badan korporat bekerjasama bagi pengumpulan dana untuk membantu daripada segi pendidikan, perubatan, makanan dan pemulihan kaum Rohingya di negara ini dan juga Myanmar.

Sumbangan masih boleh disalurkan kepada akaun Maybank 'Sinar Karangkraf Sdn Bhd' (tabung Sinar4Rohingya - Solidarity for Humanity) di akaun 503033634355.

Layari laman web mikro 'Sinar4Rohingya' untuk mendapatkan perkembangan terkini.