TANAH MERAH: Kerajaan Kelantan mendedahkan wujud kegiatan sindiket yang cuba mempergunakan penduduk kampung untuk membeli tanah milik kerajaan di negeri itu dengan harga murah.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu dikesan berlaku sejak beberapa tahun lalu melibatkan pembelian tanah-tanah di Gua Musang.
“Ada beberapa kes, mereka membayar orang kampung dan minta supaya penduduk memohon pembelian tanah dengan kerajaan.
“Sindiket kemudian membeli pula tanah itu dengan penduduk dengan sejumlah harga yang masih lagi rendah dan dibuat macam-macam seperti tanaman kelapa sawit atau durian,” katanya selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah Jajahan Tanah Merah kepada 243 penerima di Gobek di sini pada Isnin.
Mohd Amar berkata, berikutan itu, kerajaan negeri tegas tidak akan meluluskan geran hak milik tanah kepada mereka yang terlibat.
“Kami kawal dari segi pengeluaran geran. Jika ada bukti bahawa peneroka-peneroka ini sebenarnya ialah anggota sindiket, jadi kami tidak akan keluarkan geran.
“Kami mahu rakyat yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja untuk menerima geran tanah daripada kerajaan di negeri ini,” katanya.
Dalam pada itu, ujar Mohd Amar, keseluruhan pemberian hak milik tanah bagi negeri ini sejak 1990 ialah sebanyak 106,423 penerima dengan keluasan berjumlah 339,839.6 hektar.
“Tanah Merah antara yang tinggi dengan 16,561 penerima bersama tanah berkeluasan 37,657.3 hektar.
“Kami harap penerima jaga tanah dengan baik dan usahakan agar memberi pulangan hasil kepada diri, keluarga dan seterusnya negeri,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 29 2023
Mohd Amar (kanan) pada Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah Jajahan Tanah Merah kepada 243 penerima di Gobek pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Hubungan Pas, Bersatu tidak terjejas
Mohd Amar akui hubungan kedua-dua parti masih seperti biasa dan apa yang terjadi bukan masalah parti sebaliknya individu itu sendiri.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
DUN Kelantan tidak terima makluman sokongan ADUN Nenggiri - Speaker
DUN Kelantan masih belum menerima sebarang pemakluman daripada ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim sama ada beliau masih kekal menyokong kerajaan negeri atau sebaliknya.
Pas-PN yakin mentadbir negara selepas PRU16
Pas menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) yakin dapat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berdasar realiti perkembangan politik ketika ini.
45 ADUN Kelantan angkat sumpah jawatan hari ini
45 Ahli Adun Kelantan mengangkat sumpah jawatan pada Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Ke-15 hari ini.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Mohd Amar nafi dakwaan gugur nama Nik Abduh sebagai calon
Timbalan Menteri Besar Kelantan sifatkan dakwaan adik Allahyarham Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Din sebagai fitnah.
PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu
Daripada 45 calon yang disenaraikan, 23 merupakan muka baharu termasuk calon muda daripada golongan profesional dan ahli korporat.
Senarai palsu nama calon Pas tak jejas jentera PRN - Mohd Amar
Penyebaran senarai nama calon Pas Kelantan yang palsu tidak menjejaskan gerak kerja jentera parti itu untuk pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.
Masalah air: Kelantan dijangka peroleh dana RM1.7 bilion dari Pusat - Mohd Amar
Permohonan awal dana sebanyak RM8 bilion oleh Kelantan perlu diperhalusi kerajaan Pusat terlebih dahulu.