JOHOR BAHRU: Sindiket penipuan dalam talian menyasarkan golongan muda untuk dijadikan scammer menerusi tawaran gaji dan komisen lumayan lebih RM10,000 sebulan.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sindiket tersebut menyasarkan golongan muda berusia antara 18 hingga 25 tahun terutamanya mereka yang sedang mencari pekerjaan pascapandemik COVID-19.
"Dalam serbuan dibuat di Batu Pahat baru-baru ini, serbuan mendapati ejen yang menjadi 'scammer' melibatkan golongan muda berusia berusia antara 18 hingga 25 tahun.
"Sindiket ini 'memancing' individu yang sedang mencari pekerjaan dengan tawaran gaji lumayan, gaji tetap RM2,500 sebulan tidak termasuk komisen, jika mereka berjaya memperdaya lebih ramai orang, pendapatan mereka boleh mencecah lebih RM10,000 sebulan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersial @ Awie Ride di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Selasa.
Turut hadir selebriti terkenal, Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie dan Saifulazam Mohammad Yusoff (Saiful Apek).
Kamarul Zaman berkata, sebanyak 1,747 kes jenayah komersial dengan kerugian keseluruhan melibatkan RM156 juta direkodkan sejak Januari hingga 31 Julai lalu di negeri ini.
Beliau memberitahu, daripada jumlah itu, 90 peratus atau sejumlah 1,554 kes adalah membabitkan jenayah penipuan secara dalam talian.
Justeru, beliau berharap, kempen berkenaan dapat memberi maklumat kepada masyarakat berkenaan trend terkini jenayah komersial antaranya 'Love Scam', 'Macau Scam', 'Parcel Scam' dan 'Internet Scam'.
Sementara itu, Awie berkata, penganjuran program itu berjaya mencapai matlamat awal untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat agar lebih peka dengan jenayah komersial khususnya secara dalam talian.
"Maklum balas yang saya dapat masyarakat sudah semakin cakna dan mahu mengambil tahu perkembangan semasa termasuk taktik penjenayah.
"Kita dapat melihat orang ramai bertanya soalan dan juga mendengar penerangan secara serius,
"Alhamdulillah ini satu kerjasama yang sangat bagus dalam usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 02 2022
Kamarul Zaman menyempurnakan Majlis Pelepasan Konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersial @ Awie Ride di IPK Johor pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Imej negara tercalar angkara sindiket penipuan
Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kewujudan sindiket antarabangsa itu membuktikan jenayah 'scammer' semakin kritikal.