BANTING: Pasukan Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berjaya melumpuhkan satu sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi selepas merampas 109,700 liter diesel dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan di Jalan Klang-Banting, Sungai Jenjarom di sini semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pasukan itu turut menahan tujuh lelaki termasuk tiga warga Bangladesh serta seorang warga Myanmar, semuanya berusia 22 hingga 37 tahun, dalam serbuan kira-kira pukul 9 pagi itu.
Beliau berkata selain diesel, turut dirampas ialah 28 unit pam penyedut minyak diesel serta 19 buah lori tangki yang diubah suai, dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM1.6 juta.
Katanya kegiatan penyelewengan diesel subsidi yang berselindung disebalik aktiviti pemprosesan minyak hitam terpakai sejak dua tahun lepas itu lumpuh, hasil risikan selama sebulan yang dijalankan oleh pasukan Batalion 4 PGA.
"Mereka akan membeli minyak diesel bersubsidi dengan harga yang lebih murah daripada harga diesel yang ditetapkan kepada pihak industri, antaranya RM8 seliter bagi sektor perkapalan dan industri perkilangan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya sindiket itu menjalankan kegiatan membeli minyak diesel dari stesen minyak sekitar Kuala Langat menggunakan lori yang telah diubah suai sebelum dipindahkan ke dalam tangki simpanan iaitu 'skid tank' dan tangki 'Intermediate Bulk Containers' (IBC) di gudang itu, untuk dijual semula kepada pelanggan mereka iaitu kalangan pengusaha industri.
Katanya semua suspek yang berperanan sebagai pemandu lori dan pekerja am itu direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Kes ini telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk siasatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Ketua Polis Selangor CP Datuk Arjunaidi Mohamed (kiri) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media berkaitan kejayaan anggota Batalion 4 Pasukan PGA Semenyih dalam menumpaskan satu sidiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi. - Foto BERNAMA
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Sindiket seleweng diesel bersubdisi lumpuh, tujuh ditahan
Pasukan Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berjaya melumpuhkan satu sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi.