SEGAMAT: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyelar dakwaan kononnya kerajaan sengaja melewatkan pembukaan sempadan negara bagi menghalang kemasukan pengundi luar khususnya mereka yang bekerja di Singapura.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, sebaliknya kerajaan Singapura masih belum bersedia membuka sepenuhnya sempadan mereka meskipun Malaysia sudah membuat keputusan akan membuka pintu sempadan 1 April ini.
“Saya nak jawab apa yang dikatakan oleh pembangkang berkaitan sempadan negara kita dengan Singapura kerana kebanyakan pengundi luar Johor yang berada di luar negara, ada di Singapura.
“Saya nak maklumkan bahawa pihak Singapura sendiri belum sedia untuk buka sempadan negara dan (apabila) saya bangkitkan perkara ini, pihak Singapura minta tunggu dulu untuk buka sempadan darat.
“Malah, walaupun kita dah setuju buka bermula 1 April, dia (Singapura) belum setuju buka sempadan mereka, jadi di sini bukan salah kita yang mana kita sudah bersedia tetapi mereka kata belum sedia buka sepenuhnya sempadan mereka,”k atanya.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI selepas menyantuni penduduk di Kampung Tengah, di sini bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, Anuar Manap.
Beliau terdahulu mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan keputusan kerajaan yang hanya membuka pintu sempadan negara bermula 1 April, berbanding sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.
Dakwa Presiden PKR itu, langkah itu membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak yakin dengan pengaruh pengundi luar untuk memilih Barisan Nasional (BN).
Mengulas lanjut ujar Khairy berkata, isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak dan sebaliknya memahami keputusan kerajaan dalam skop yang lebih luas.
“Saya harap jangan dipolitikkanlah isu ini sebab mereka yang bangkitkan isu ini termasuk Ketua Pembangkang, mungkin tidak faham apa yang sedang berlaku,” tambahnya ringkas.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Mar 10 2022
Khairy berkata, isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak dan sebaliknya memahami keputusan kerajaan dalam skop yang lebih luas. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Malaysia sampaikan hasrat supaya Mesir buka sempadan - Speaker Dewan Rakyat
Hasrat itu telah disampaikan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pakistan buka semua lintasan sempadan utama dengan Afghanistan
Pakistan membuka semula lintasan sempadan utama dengan negara jiran Afghanistan kepada semua jenis lalu lintas pada Sabtu.
COVID-19: China akan analisis sampel daripada pelawat luar negara untuk kenal pasti varian
China yang membuka sempadannya pada Ahad selepas tiga tahun sekatan akibat COVID-19 akan menganalisis sampel daripada penumpang luar negara yang positif koronavirus untuk menentukan varian.
Hong Kong rancang umum rancangan buka sempadan dengan Tanah Besar China
Pihak berkuasa menyasarkan untuk membuka semula semua pintu masuk antara kedua-dua pihak secara beransur-ansur, teratur dan menyeluruh.
Thailand wajar buka sempadan bersamanya dengan Myanmar mudahkan bantuan kemanusiaan
Malaysia dan Indonesia selaku anggota pengasas ASEAN perlu menerajui usaha untuk meminta Thailand membuka sempadannya dengan Myanmar bagi memudahkan usaha bantuan kemanusiaan dilaksanakan.
Buka sempadan: Padang Besar lengang, hanya 8 individu masuk ke Thailand
Keadaan itu tidak ubah seperti apa yang berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Wang Kelian, Perlis, 1 April lalu.
Seramai 204,927 pelawat Singapura masuki negara sejak 1 April - Nancy
Trend peningkatan itu memberi sinar harapan meyakinkan bahawa sektor pelancongan negara dalam landasan pemulihan positif.
Pembukaan sempadan negara: Peniaga kuih raya tidak menang tangan
Walaupun terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan, ada yang berdepan masalah pengeluaran produk kerana kekurangan tenaga pekerja.
Sarawak dipilih destinasi lawatan pelancong sempena MATTA Fair 2022
Penyertaan Sarawak dalam pameran pelancongan pengguna terbesar negara itu, adalah tepat pada masanya susulan pembukaan semula sempadan negara.
Tiga stesen minyak disiasat benarkan kenderaan asing isi RON95 - KPDNHEP
KPDNHEP menerima tujuh aduan berkaitan dakwaan itu setakat ini.