KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca digunakan untuk suntikan dos penggalak, kata menteri berkenaan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata perkara itu sedang dibincangkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dalam mesyuarat yang sedang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
"Antara agenda dalam mesyuarat ini adalah akan mempertimbangkan Sinovac dan AstraZeneca sebagai dos penggalak dan apabila PBKD membuat keputusan saya akan umumkan dasar kita," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau membangkitkan perkara itu bagi menjawab celahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk membolehkan vaksin Sinovac diberikan sebagai dos penggalak terutama kepada penerima vaksin jenis itu.
Bagi mempercepatkan pelaksanaan pemberian suntikan dos penggalak di negara ini, Khairy berkata KKM akan mengembalikan beberapa pusat pemberian vaksin untuk tujuan itu, selain penggunaan klinik-klinik swasta serta perubatan awam.
SISI TV PARLIMEN: IKUTI PERKEMBANGAN DAN CORAT-CORET SIDANG PARLIMEN DI SINI!
Menyentuh isu moratorium terhadap kesalahan percubaan bunuh diri, Khairy berkata KKM menyediakan Memorandum Jemaah Menteri berhubung hal itu di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (KK).
"Memorandum ini memohon Jemaah Menteri untuk meluluskan tempoh moratorium segera iaitu tiada sebarang dakwaan sabitan di bawah Seksyen 309 KK bagi kes percubaan bunuh diri sehingga pemansuhan atau pindaan seksyen itu dilaksanakan di Parlimen.
"Memorandum ini telah dipersetujui oleh pihak pengurusan kementerian (KKM) dan dalam semakan unit kabinet KKM untuk dikemukakan pada jemaah menteri," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata KKM akan menilai semula Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014 kepada golongan kanak-kanak bawah 18 tahun bukan warganegara yang ibu atau bapanya merupakan warganegara atau pemastautin tetap, dalam masa terdekat.
"Berdasarkan garis panduan ini, kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah layak diberikan perkhidmatan kesihatan di fasiliti KKM pada kadar caj warganegara sekiranya bapa atau ibunya adalah seorang warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia.
"Buat masa ini, kelayakan ini adalah tertakluk kepada pembuktian dokumen status taraf kewarganegaraan Malaysia kanak-kanak itu seperti dokumen sijil kelahiran Malaysia atau kad pengenalan MyKid atau MyKad yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
Khairy berkata perkara itu sedang dibincangkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dalam mesyuarat yang sedang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail/KKM
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.
AstraZeneca tumpu kepada kepada penyakit jarang jumpa, teruskan pelaburan tempatan
AstraZeneca berhasrat menjadi pengupaya penyelesaian yang bekerjasama dalam aspek berbeza kepada pesakit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF2023: Tengku Zafrul bertemu lembaga pengarah AstraZeneca
Pertemuan itu berkisar mengenai potensi untuk AstraZeneca meluaskan operasi di Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mana-mana vaksin penggalak lebih baik dari tiada - Khairy
Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan dos penggalak Pfizer atau AstraZeneca untuk memberi tambahan perlindungan yang terbaik, ada masyarakat yang masih meminta pilihan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pencipta AstraZeneca, GAVI terima Hadiah Keamanan Sunhak 2022
Pengiktirafan tersebut diberikan atas sumbangan signifikan yang diberikan mereka dalam membantu dunia menghadapi pandemik COVID-19.
KKM pantau semua vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham
KKM akan sentiasa memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang telah didaftarkan secara bersyarat di Malaysia bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.