KANGAR: Penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik (FTKEN) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mencipta sistem al-Quran digital kawalan tanpa wayar bagi memudahkan imam membaca surah lebih panjang dalam solat tarawih.
Prof Anuar Mat Safar yang juga Pengerusi Masjid Al-Arifin, Padang Katong di sini, membangunkan sistem tersebut dan menjadikan kariah masjid berkenaan yang pertama menggunakannya ketika solat tarawih tahun ini.
Dekan FTKEN Prof Madya Azremi Abdullah Al-Hadi berkata projek itu adalah hasil kerjasama masjid tersebut dengan FTKEN, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).
"Sistem itu memudahkan Imam 1 masjid Ustaz Muhammad Khidhir Abdul Ghani membaca ayat yang lebih panjang dalam solat sunat dan menggerakkan muka surat seterusnya dalam solat tanpa memerlukan pergerakan yang besar," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh UniMAP hari ini.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Beliau berkata menerusi sistem ini, imam akan membaca surah melalui al-Quran digital yang dipancarkan di skrin dan boleh dikawal pergerakan muka suratnya menggunakan alat yang dipakai di pergelangan tangan.
Kakitangan FTKEN dan FTKM yang turut terlibat dalam projek tersebut termasuk Dr Iszaidy Ismail, Dr Ilman Jais, Dr Wan Mohd Faizal Wan Abd Rahman, Mohd Haidiezul Jamal Ab Hadi dan Mohd Hazwan Mohd Hanid.
Sementara itu, Naib Canselor UniMAP Prof Dr Zaliman Sauli berkata universiti itu komited dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang boleh membantu komuniti setempat dalam jangka masa panjang termasuk sistem berkenaan.
"Ia juga selari dengan hala tuju Perlis Go Digital, sekali gus memberi kefahaman kepada masyarakat tentang budaya digital," katanya sambil mengakui sistem itu berpotensi untuk dikomersialkan dan digunakan di masjid, surau serta rumah. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
Kariah Masjid Al-Arifin, Padang Katong menjadi yang pertama memanfaatkan sistem tersebut. - UniMAP
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Sistem al-Quran digital tanpa wayar UniMAP mudahkan solat tarawih
Projek itu adalah hasil kerjasama masjid dengan FTKEN, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).