KUALA LUMPUR: Pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali gagal lagi dalam permohonannya untuk mendapatkan hak jagaan seorang anak angkatnya berusia dua tahun selepas Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kanak-kanak lelaki itu diserahkan kepada ibu kandungnya.
Peguam Nurainie Haziqah Shafi'i yang mewakili ibu kandung warga tempatan berusia 21 tahun berkata Majistret Norfarahain Roslan memerintahkan hak penjagaan bagi kanak-kanak berkenaan diberikan kepada ibu kandungnya selepas meneliti laporan yang disediakan pegawai pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Hak penjagaan bagi kanak-kanak itu diberikan kepada ibu kandungnya namun beliau masih terikat dengan tempoh pengawasan pihak JKM selama tempoh dua tahun yang diperintahkan mahkamah," katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding pendengaran permohonan itu yang bermula 9.30 pagi dan berakhir lewat 5.30 petang.
Ketika ditanya berkenaan tempoh pengawasan dua tahun yang diperintahkan mahkamah, Nurainie berkata ia bermakna pihak JKM pada bila-bila masa boleh membuat pemeriksaan mengejut terhadap ibu kandung tersebut.
Menurut peguam itu, kanak-kanak berkenaan telah diserahkan kepada Siti Bainun untuk jagaan selepas dilahirkan.
Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili ibu kandung tersebut, Muhammad Hafiz Hood berkata pendengaran bagi permohonan hak penjagaan tiga lagi kanak-kanak, yang kini di bawah jagaan JKM akan bersambung pada 16 Nov ini.
Pada prosiding tersebut, Siti Bainun diwakili peguam Nur A'minahtul Mardiah Mohd Nor.
Pada 2 Ogos lepas, Siti Bainun dan empat ibu kandung memfailkan permohonan melalui notis secara bersama di Mahkamah Majistret di sini, memohon perintah jagaan sementara terhadap lima kanak-kanak yang diberikan kepada beberapa rumah jagaan di bawah JKM pada 16 Julai 2021 dibatalkan serta-merta di bawah Seksyen 30 (13) (c) Akta Kanak-Kanak 2001.
Siti Bainun dan empat ibu kandung itu memfailkan permohonan tersebut dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021
2 Ogos lepas, Siti Bainun (gambar) dan empat ibu kandung memfailkan permohonan perintah jagaan sementara terhadap lima kanak-kanak yang diberikan kepada beberapa rumah jagaan pada 16 Julai 2021 dibatalkan serta-merta - Gambar fail/BERNAMA
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
Siti Bainun gagal lagi dapatkan hak jagaan seorang anak angkat
Pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali gagal lagi dalam permohonannya untuk mendapatkan hak jagaan seorang anak angkatnya berusia dua tahun.