Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, dilaporkan tidak mahu diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan mencuri wang 1MDB.

Laporan ini dipetik dari Bloomberg News yang melaporkan bahawa keluarga Roger Ng sedang meneliti arahan mahkamah New York yang mengarahkan beliau untuk diekstradisi ke AS.

Ng ditahan di Malaysia dan dilaporkan untuk diekstradisi ke AS untuk dibicara di sana.

Penahanan Ng dibuat oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atas permintaan pihak berkuasa AS.

BACA: Roger Ng, Tim Leissner, Jho Low didakwa oleh DOJ mencuri wang 1MDB di mahkamah New York

Bloomberg juga melaporkan bahawa keluarga Ng telah bersetuju untuk mengembalikan wang sebanyak RM120 juta (S$40 juta) yang didakwa adalah wang yang dicuri dari 1MDB, kepada pihak berkuasa.

Wang RM120 juta ini dilaporkan kini berada di Singapura.

Rancangan untuk wang ini dihantar kembali ke Malaysia sedang dibuat.

BACA: Bagaimana bank pelaburan terbesar dunia, Goldman Sachs, terpalik dalam skandal 1MDB

Sehingga kini, Ng belum lagi membuat apa-apa pengakuan terhadap tuduhan yang dikenakan beliau, oleh Department of Justice (DOJ) di AS.

Tim Leissner telah mengaku bersalah atas konspirasi mencuri wang 1MDB sewaktu dituduh di mahkamah New York. Beliau akan mengembalikan jutaan ringgit kepada pihak berkuasa di AS.

Ng adalah bekas Ketua Perdagangan dan Penjualan Goldman Sachs untuk Asia Tenggara sebelum beliau meletak jawatan pada April 2014.

BACA: Apakah itu skandal 1MDB, menurut DOJ dalam kenyataan mahkamah mereka