SHAH ALAM : Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.
Perbadanan pengurusan skim tersebut, Cagamas Bhd menasihatkan individu yang berminat memohon pinjaman atau pembiayaan itu untuk mengemukakannya sebelum 31 Mac.
“Sila kunjungi mana-mana cawangan bank yang mengambil bahagian atau hubungi kami di talian 03-2262 1800 untuk maklumat lanjut," katanya menerusi satu notis ringkas di laman web perbadanan berkenaan pada Rabu.
Cagamas di dalam laman berkenaan turut memaklumkan bahawa lebih 90,000 pemohon berjaya mendapatkan pembiayaan menerusi skim berkenaan dengan lebih 90 peratus adalah golongan B40 dan belia berusia di antara 25 hingga 40 tahun.
SRP diperkenalkan bagi membantu isi rumah berpendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 untuk memiliki rumah pertama mereka.
Menerusi skim, pembeli dapat memperolehi pembiayaan sehingga 110 peratus daripada bank terlibat tanpa perlu membayar wang pendahuluan.
Pembiayaan atau pinjaman yang diperoleh untuk pembelian rumah pertama itu akan dijamin sehingga 20 peratus oleh Cagamas.
Dengan pemansuhan SRP, pembeli perlu menyediakan deposit 10 peratus daripada harga hartanah yang ingin dibeli. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 22 2023
Dengan pemansuhan SRP, pembeli perlu menyediakan deposit 10 peratus daripada harga hartanah yang ingin dibeli. - Gambar hiasan
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Kerajaan diminta teruskan Skim Rumah Pertamaku - Senator
Kerajaan diminta meneruskan Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang dimansuhkan baru-baru ini bagi membantu rakyat memiliki rumah pertama.
Pemohon Skim Rumah Pertamaku masih boleh dapat pembiayaan melalui SJKP
Pemohon dalam kumpulan sasaran di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP) masih boleh mendapatkan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.
Perumahan mampu milik antara fokus kerajaan BN - PM Najib
Beliau berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menyediakan perumahan mampu milik sejak 2009, ketika beliau mula menyandang jawatan Perdana Menteri.
Kelayakan skim rumah pertamaku naik kepada RM5,000
Had pendapatan peminjam individu bagi Skim Rumah Pertamaku (SRP) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan berkuat kuasa Januari 2013