Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang memantau pengendali laman web dan blog yang membuat tawaran kepada rakyat Malaysia untuk menjadi tentera pejuang jihad di Syria dan Iraq.
Timbalan Menteri Datuk Jailani Johari berkata kementerian sedar semakin banyak laman web dan blog yang menyiarkan tawaran itu sejak kebelakangan ini dengan pelbagai fakta yang mengelirukan rakyat Malaysia.
"Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi penyiasatan untuk kes ini termasuk Polis Diraja Malaysia.
"Biasanya, SKMM akan bantu dari segi forensik sekiranya diminta PDRM kerana mengikut perundangan, perkara ini adalah di bawah bidang kuasa polis kerana ia adalah kesalahan jenayah," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan khas susulan kejatuhan harga getah, kepada 300 pekebun kecil dan penoreh di daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.
Anggota Parlimen Hulu Terengganu itu menasihatkan orang ramai agar sentiasa merujuk kepada agensi berkaitan seperti PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan SKMM sekiranya menemui sebarang fakta yang diragui kesahihannya dalam mana-mana laman web dan blog.
"Seperti laman web yang menawarkan peluang kononnya menjadi tentera di Syria dan Iraq, ini jelas adalah sesuatu yang tidak betul (melanggar undang-undang di negara asing).
"Jangan mudah tertarik dengan sebarang tawaran yang tidak pasti ini...memang ada pihak-pihak tertentu yang cuba menyiarkan berita atau spekulasi seperti ini untuk menjadi popular," katanya.
Baru-baru ini Wisma Putra mendedahkan terdapat dakwaan seramai 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan ISIL telah terbunuh di Syria.
Dakwaan itu dilapor dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media 18 Jun.
Beliau turut mendakwa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean juga terlibat di Syria.
Bernama
Mon Jul 07 2014
SKMM pantau blog siar seruan jihad di Syria dan Iraq - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Qatar Airways gantung sementara penerbangan ke dan dari Iran, Lubnan
Susulan situasi semasa di rantau Asia Barat, Qatar Airways menggantung sementara penerbangan ke dan dari Iran dan Lubnan.
Rakyat Malaysia di Iraq, Iran diminta mendaftar melalui E-Konsular - Wisma Putra
Semua rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke Iraq dan Iran disarankan untuk segera mendaftar melalui E-Konsular.
Iraq isytihar berkabung 3 hari peringati pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah
Ia sebagai penghormatan kepada Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Beirut.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Jordi Amat dilayang kad merah, Iraq benam Indonesia
Dalam perlawanan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia tumbang 0-2 kepada Iraq di sebalik persembahan cemerlang dalam separuh masa pertama.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasangan pengantin Iraq masih trauma, akui jiwa mati selepas insiden kebakaran maut
Majlis perkahwinan pada malam Selasa lalu itu dihadiri 900 tetamu, dengan kebakaran bermula kira-kira jam 10.45 malam.
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei
Kenderaan tenaga baharu pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei.
Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran
Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia' al-Sudani mengarahkan perintah berkurung dan memulakan operasi mencari di kawasan rusuhan.