Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga Oktober tahun ini, menyekat 1,074 laman sesawang lucah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata terkini sejumlah 106 laman lagi akan disekat atas kesalahan sama.
Katanya langkah sekatan itu merupakan sebahagian usaha berterusan SKMM bagi memelihara nilai-nilai murni yang didukung masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
"Penting untuk SKMM ambil tindakan kerana ini adalah punca kepada masalah sosial di negara kita," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Deepavali 2015 anjuran Badan Perhubungan MIC Sabah di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, dekat sini hari ini.
Selain itu, katanya, masyarakat awam juga disaran memberi maklumat mengenai mana-mana laman sesawang yang dipercayai menyebarkan kandungan berunsur lucah.
Maklumat itu boleh dimajukan kepada pihak SKMM di [email protected] (http://aduan.skmm.gov.my).
Dalam perkembangan sama, Salleh berkata SKMM turut mengambil tindakan serupa ke atas laman web judi di negara ini.
"Perkara ini kami akan banteras, juga dengan kerjasama semua pihak. SKMM akan bertindak bersama agensi lain yang terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia dan yang penting hal-hal seperti iniperlu diberi perhatian sewajarnya," tambahnya.
Mengenai Deepavali, beliau berharap ia dapat memperjelas dengan baik keutuhan hubungan antara rakyat Malaysia, sekali gus memupuk perasaan dan sikap saling hormat-menghormati antara pelbagai kaum ke arah memelihara keamanan dan keharmonian negara ini.
"Saya berharap rakyat negara ini akan dapat hidup dalam keadaan harmoni yang berpaksi kepada sikap toleransi yang merupakan elemen penting dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia," katanya.
Salleh berkata ia selaras dengan aspirasi kerajaan memperkenalkan konsep 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan nasional.
Beliau berkata masyarakat majmuk di negara ini disaran untuk mencari dan melihat persamaan yang ada bagi mengukuhkan ikatan perpaduan.
"Jika pun ada perbezaan, kita harus melihat perbezaan itu dengan cara kita sendiri di Malaysia, kita tidak boleh terikut-ikut dengan cara luar yang tidak selari dengan budaya kita. Ini penting untuk terus memelihara kestabilan negara daripada pelbagai aspek," katanya lagi.
Bernama
Tue Nov 10 2015
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata terkini sejumlah 106 laman lagi akan disekat atas kesalahan sama. - Gambar Hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
[KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung
Seperti negeri lain di Malaysia, negeri Johor juga mempunyai dialek dan bahasa kolokial yang unik dan tersendiri.
Liputan internet, komunikasi di Pahang capai lebih 94 peratus - Fahmi
Tahap liputan Internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Pahang secara keseluruhannya telah mencapai 94.68 peratus.
JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini
Kerajaan Pahang menetapkan hujung tahun ini untuk memastikan liputan rangkaian jalur lebar 4G dapat dicapai di semua kawasan termasuk luar bandar menerusi projek JENDELA.
Hayati lirik 'Bukan Kerana Nama', junjung Rukun Negara - Abdullah Saidol
Ini akan membolehkan pelajar jurusan komunikasi memahami bahawa mesej boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk serta cara.
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC juga telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluas radius liputan Internet sedia ada di sekitar pulau tersebut.
Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan
Tanpa sedar, soalan diutarakan mengguris hati, seterusnya mengganggu emosi dan menjejaskan silaturrahim.
Individu ingin mohon kewarganegaraan Malaysia perlu dinilai kefasihan Bahasa Melayu
Senator Datuk A. Kesavadas berkata penilaian itu perlu dilakukan tidak kira siapapun individu yang terlibat.
Rakyat masih harap perdana menteri dan kerajaan selesaikan isu ekonomi - Penganalisis
Dalam tempoh setahun ini, banyak cabaran yang terpaksa ditempuh oleh Anwar sebagai perdana menteri sebuah kerajaan yang mengandungi banyak parti.
Rakyatkan ilmu subsidi, elak kekeliruan rakyat - Madeline Berma
Kerajaan perlu lebih agresif dalam menyampaikan penerangan mengenai pemberian subsidi termasuk merakyatkan ilmu pelaksanaan rasionalisasi subsidi di negara ini.
Manfaatkan AI, ChatGPT untuk dokumen PR dan komunikasi krisis
Dengan bantuan ChatGPT dan contoh-contoh korporat sebenar, kecekapan dan respons dalam menghasilkan kandungan memukau dan mengurus krisis secara efektif dapat dilakukan.