Seramai 138,398 graduan telah dibantu melalui program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sehingga 31 Okt tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.
Beliau berkata mereka telah dibantu oleh 22 syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (GLC) serta melalui program anjuran SL1M antaranya Karnival Kerjaya SL1M dan Program 'Search and Assist' SL1M di seluruh negara.
"GLIC dan GLC yang mengambil bahagian, masih melaksanakan program ini secara tanggungjawab sosial korporat dan semua kos perbelanjaan latihan graduan ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Othman berkata pada 2015 dan 2016, seramai 5,160 siswazah telah dilatih di bawah program Khazanah Nasional SL1M - GREEN dengan perbelanjaan sebanyak RM89 juta.
"Daripada jumlah itu, kira-kira 77 peratus peserta program tersebut berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat latihan selama tujuh bulan," katanya.
Khazanah merupakan antara syarikat yang terlibat dengan pelaksanaan program SL1M yang diperkenalkan pada 1 Jun, 2011.
Bagi memperluaskan pelaksanaan Program SL1M dalam syarikat swasta, katanya ia turut dijadikan antara syarat bagi syarikat yang ditawarkan kontrak perolehan kerajaan termasuk pelanjutan kontrak.
Syarikat tersebut hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya satu peratus daripada nilai kontrak untuk melaksanakan program SL1M berdasarkan had yang ditetapkan.
Selain itu, dalam Bajet 2018 baru-baru ini, katanya sejumlah RM40 juta diperuntukkan bagi program temuduga terbuka yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dan GLC terbabit.
Kerajaan juga akan mewujudkan pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan SL1M di Pusat Transformasi Bandar (UTC).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2017
Khazanah merupakan antara syarikat yang terlibat dengan pelaksanaan program SL1M yang diperkenalkan pada 1 Jun, 2011. - Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
PM mahu lebih ramai penyelidik negara sumbang kepada industri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai penyelidik negara memberanikan diri untuk menyumbang kepada industri serta menerajui inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Sudah tiba masa guna sumber alternatif atasi masalah air - Nor Hisham
Nor Hisham menyarankan agar takungan air tepi sungai seperti yang dilakukan di Selangor wajar juga diterokai.
7 faedah utama AI untuk perniagaan
Berikut ialah tujuh faedah penting yang dibawa oleh AI kepada perniagaan dan beberapa industri khusus.
Bangunkan bidang pertumbuhan baharu bagi tingkatkan permintaan semikonduktor - MIDA
Malaysia perlu membangunkan bidang pertumbuhan baharu, termasuk sektor tenaga boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik (EV), bagi meningkatkan permintaan untuk cip semikonduktor di negara ini.
Pengiktirafan profesional untuk graduan TVET akan beri nilai tambah
MBOT menyambut baik komitmen kerajaan untuk terus memperkasa TVET melalui inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023.
Sepanyol ambil alih Pengerusi EU, mahu mengindustrikan semula Eropah
Pedro Sanchez mahu blok itu menjadi lebih bebas dan matlamat itu boleh dicapai dengan mengukuhkan sektor perindustrian.
Pekerja asing: Data lengkap mudahkan proses pendaftaran, pengesanan
Kuota masih diperlukan bagi menyeimbangkan penggunaan pekerja asing dengan tenaga kerja tempatan.
Tiada masalah ambil pekerja negara lain tapi percepatkan proses kemasukan pekerja asing - Pemain industri
Isu pokok yang harus diselesaikan pada waktu ini adalah menyegerakan kemasukan pekerja asing kerana selagi tiada kemasukan, selagi itu ia akan membebankan pemain industri.
Sabah mahu menarik lebih ramai pelabur buka kilang proses rumpai laut
Industri rumpai laut di Sabah amat berpotensi dengan meraih pendapatan bagi rumpai laut mentah sehingga RM50-RM60 juta setahun.
MAFI dapatkan pandangan industri perkasa sektor perikanan laut dalam
Saranan pihak industri diperlukan bagi meletakkan perikanan laut dalam sebagai industri lebih kondusif pada masa hadapan.