KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen UMNO akan berpegang kepada arahan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan serta 'No Anwar, No DAP' yang diputuskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) yang lalu.
Pengerusi Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mana-mana pihak tidak boleh melangkaui keputusan PAU termasuk Majlis Tertinggi (MT) parti.
"Walaupun dalam ucapan Perhimpunan ada beberapa peristiwa berlaku di mana perwakilan bangun menyokong termasuklah supaya tarikh menentukan bila hendak keluar dibuat boleh MT, tetapi itu hanya ucapan dan bukan keputusan.
"Keputusan parti adalah berdasarkan usul yang dibawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad dan yang disahkan Naib Presiden UMNO, bahawa tidak ada pindaan daripada usul itu.
"Maka sekiranya terdapat usaha-usaha di pihak MT untuk keluar kerajaan sebelum Parlimen dibubar, maka itu adalah kesalahan dan mereka layak diambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: 35 Ahli Parlimen UMNO kekal dengan keputusan bersama PN sehingga Parlimen bubar - Sumber
BACA: MT UMNO tidak boleh atasi keputusan PAU - Nazri
Dalam pada itu, kata Shahidan, Presiden UMNO didakwa dengan terang melanggar keputusan parti apabila menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Katanya, pengisytiharan melalui surat itu adalah tidak tepat dan boleh dianggap membuat kenyataan salah kepada Agong.
Begitu juga, katanya, berhubung audio percakapan antara Presiden UMNO dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apabila terdapat surat akuan bersumpah Ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR itu.
"Mereka ini layak diambil tindakan disiplin tetapi malangnya MT tidak berbuat demikian kerana mungkin tidak ada keberanian.
"Perbuatan tersebut adalah pilih kasih kerana ada orang yang menegur Presiden telah diambil tindakan dan digantung keahlian, tetapi ahli MT mendiamkan diri apabila kesalahan dibuat Presiden," ujarnya.
Shahidan menegaskan, ahli MT yang memegang amanah tidak boleh mendiamkan diri kepada perkara yang tidak benar.
"Atas dasar hendak menjaga keharmonian atau takut? Ingin saya pesan sekali lagi bahawa MT yang memegang jawatan memegang amanah.
"Jangan mendiamkan diri pada perkara yang tidak benar," katanya.
Astro Awani
Sat Jul 03 2021
SHAHIDAN: Jika terdapat usaha di pihak MT untuk keluar kerajaan sebelum Parlimen dibubar, maka itu adalah kesalahan dan mereka layak diambil tindakan. - Gambar fail
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia
Dengan adanya universiti sukan ini, ia mampu dijadikan sebagai tempat pemusatan kepakaran akademik yang membolehkan pelbagai kajian dan inovasi kreatif dalam bidang sukan dilaksanakan.
KOM cadang kerajaan tubuh universiti sukan
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan universiti sukan pada masa depan.
Kampung Sungai Baru: ‘Sudah gaharu cendana pula...', kata Dr Zaliha kepada Shahidan
Selepas tertangguh sekian lama, pecah tanah projek itu dijangka boleh diadakan pada penghujung tahun ini.
Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.
UiTM: 'Soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya' - Shahidan
Sebarang soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya, terutamanya di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Malaysia tuan rumah Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara tahun depan - KOM
Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara pada tahun depan selepas giliran penganjuran itu pada tahun ini diserahkan kepada Thailand.
Shahidan, Rayer saling label-melabel ‘biadab’ di Dewan Rakyat
Kekecohan itu tercetus apabila Shahidan membangkitkan isu konflik Palestin dan sekali lagi memetik nama Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan).
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Shahidan dakwa Jimmy Puah sokong Israel, panaskan Dewan Rakyat
Dewan Rakyat pada Isnin kecoh apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PN - Arau) mendakwa Jimmy Puah Wee Tsen (PH - Tebrau) menyokong Israel.