BIRMINGHAM: Menteri Utama (Ketua Menteri) Scotland yang baharu, Humza Yousaf berkongsi foto memimpin keluarganya menunaikan solat pada malam pertamanya di kediaman rasmi, Bute House.
Parlimen Scotland memilih Yousaf, 37, ketua Parti Kebangsaan Scotland (SNP), sebagai Menteri Utama Islam pertama baru-baru ini dengan menerima undian majoriti dewan sebanyak 71.
“Saat istimewa memimpin keluarga saya bersolat di Bute House selepas berbuka puasa bersama-sama,” tulisnya dalam kemas kini di Twitter.
Yousaf menjadi orang Islam pertama yang mengetuai parti utama di United Kingdom dan merupakan pemimpin dari etnik minoriti pertama kerajaan.
Sebelum undian di Parlimen, Yousaf bersaing dalam parti, menewaskan Kate Forbes di tempat kedua dan Ash Regan di tempat ketiga.
Yousaf, yang menyertai SNP pada 2005, juga merupakan setiausaha Kabinet Muslim pertama yang berkhidmat dalam kerajaan Scotland.
Yousaf dilahirkan dan dibesarkan di Glasgow. Ibu bapanya berasal dari Pakistan.
"Kita semua harus berbangga kerana hari ini kita telah menghantar mesej yang jelas bahawa warna kulit, atau kepercayaan, bukan penghalang untuk memimpin negara, rumah kita," kata Yousaf dalam ucapan kemenangannya.
Agensi
Sat Apr 01 2023
Yousaf menjadi orang Islam pertama yang mengetuai parti utama UK dan merupakan pemimpin dari etnik minoriti pertama kerajaan. - Gambar Twitter
Bio-Home lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew di Kota Kinabalu.
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan anaknya yang berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves menghala ke Selayang, malam Jumaat.
Microsoft uji VASA, watak AI untuk panggilan video bebas kamera web
Microsoft Research memperlihatkan VASA iaitu sistem AI yang boleh menjana wajah manusia yang hiper-realistik berserta dengan emosi pada wajah.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
Menteri Scotland, Humza Yousaf ambil cuti paterniti
Humza Yousaf layak ambil cuti paterniti sehingga dua minggu sebaik sahaja anaknya dilahirkan.
Pemimpin Scotland kembali ingati panggilan terakhir dengan keluarganya di Gaza
Ibu mentua Humza Yousaf minta jaga anak perempuannya, memberi bayangan panggilan telefon terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal.
Pemimpin Scotland bimbang nasib penduduk di Gaza
Humza Yousaf menyuarakan kebimbangan terhadap mangsa yang tidak bersalah terutamanya kanak-kanak akibat konflik berterusan di Semenanjung Gaza.
Solat, iftar jadi pilihan keluarga Menteri Utama Scotland pada malam pertama di kediaman rasmi
Yousaf menjadi orang Islam pertama yang mengetuai parti utama UK dan merupakan pemimpin dari etnik minoriti pertama kerajaan.
Humza Yousaf pemimpin Islam pertama terajui Scotland
Pelantikan itu sekali gus menyaksikan Humza menjadi pemimpin termuda dan Muslim pertama menerajui kerajaan di Eropah barat.