Bilqis Hijjas hari ini didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 atas tuduhan membangkitkan kemarahan pada petang sambutan Hari Kebangsaan lalu.

Gadis berusia 36 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan melepaskan belon berwarna kuning pada majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah pusat beli belah di ibu negara, pada 31 Ogos lalu.

Susulan insiden itu, hashtag #Bilqis Hijjas membanjiri media sosial sebagai satu tanda solidariti terhadap dakwaan Bilqis.

Kebanyakan netizen persoal kewajaran dakwaan Bilqis yang hanya menjatuhkan belon.







Bilqis didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana ingin mencetuskan kemarahan orang ramai dengan tingkah laku yang boleh menggangu keamanan pada Hari Kebangsaan.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar dan Mohd Farizul Hassan Bakri meminta ikat jamin pada RM500 dengan seorang penjamin.

Majistret Nur Azura Murah menetapkan ikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Oktober untuk sebutan semula kes.