MUKAH: Harganya mencecah sehingga RM12,000 sehelai, dan itulah keunikan Songket Rajang dari Kampung Rajang, Tanjung Manis.
Nilainya yang tinggi melambangkan kehalusan tenunan yang cukup indah, dan disulam dengan penuh cermat.
Keunikan itu menjadikan songket ini ada yang mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan, bergantung kepada motifnya.
Namun daripada 21 individu, kini hanya tinggal tujuh 'srikandi' yang aktif sejak Kumpulan Songket Tenunan Rajang ditubuhkan pada 24 April 1991.
Menurut pengerusinya, Saanah Suhaili, 65, cabaran mereka adalah untuk mencari pelapis muda yang berminat mewarisi tenunan Songket Rajang agar ia tidak ditelan zaman.
"Anak-anak muda sekarang memang kurang berminat kepada tenunan songkat terutama sekali untuk tenun songket ini banyak proses yang perlu dilakukan dan untuk orang baharu, ia memang payah.
"Tetapi, kita memang alu-alukan dan mencari pelapis agar tenunan songket ini dapat diteruskan. Masalah sekarang adalah payah untuk mencari (pelapis), tetapi insyaAllah satu masa nanti mungkin fikiran dan minda mereka terbuka untuk meneruskan legasi," katanya kepada Astro AWANI, di sini baru-baru ini.
Tujuh penenun berkenaan berusia antara 40-an hingga 70-an, yang mana kebanyakan sudah bergiat dalam tenunan songket sekitar tiga puluh tahun lalu.
Saanah merupakan generasi ketiga dalam keluarganya yang menyambung legasi tenunan songket bermula daripada Allahyarham neneknya, Aminah Bakar.
Ia kemudian diteruskan oleh Allahyarham ibunya, Siti Omar Sibang.
Penerima Anugerah Tukang Ulung pada Hari Kraf Kebangsaan 2014 itu berkata, usaha tenunan songket itu yang diterajui ibunya dan tiga rakannya pernah terhenti sebelum ia diangkat semula selepas kunjungan pasukan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) sekitar 1989.
Bermula dengan sebuah bengkel lama, Pusat Tenunan Songket Sarawak di Kampung Rajang didirikan dengan peruntukan RM500,000 yang diumumkan oleh Menteri Pelancongan Sarawak pada ketika itu, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang kini Ketua Menteri.
Bercerita lanjut mengenai keunikan Songket Rajang yang pernah dipamerkan di Korea dan Dubai, Saanah berkata teknik sifir yang digunakan mampu menghasilkan corak yang masih mengekalkan ciri tradisional.
"Betul, ada (harga) sampai RM12,000 mengikut saiz dan motif. Kalau bunga yang biasa, harganya dalam lingkungan RM800 hingga RM1,500 ke atas.
"Motif bunga yang agak payah memerlukan masa untuk disiapkan, dan kategori motifnya kita panggil bunga tabur penuh. Walaupun ia bunga tabur penuh, tetapi masa membuatnya agak lambat.
"Teknik sifir ialah kita harus menghitung setiap helaian benang sebelum ia dijadikan motif bunga (menentukan corak) dan untuk ini kita memerlukan masa bagi menghasilkan kualiti yang terbaik," ujarnya, yang mengakui Songket Rajang turut mendapat sambutan dalam kalangan golongan kenamaan.
Sementara itu, Salmiah Aba, 76, mengakui sifat sabar menjadi kunci utama bagi setiap penenun songket dalam menghasilkan produk tersebut.
"Belajar memang lama, kalau kita (belajar) setahun memang tak pandai sebab ia susah sikit. Kita kena kira benang dan sebagainya.
"Orang-orang muda sekarang memang mereka tidak mahu bekerja seperti ini (tenun songket) sebab mereka tak tahan sabar.
"Macam orang yang berusia ini memang kena sabar... buat yang susah-susah pun kena sabar juga," katanya yang sudah 31 tahun menenun songket.
Sehubungan itu, Saanah berharap usaha memartabatkan Songket Rajang boleh dipergiatkan dengan kerjasama pihak berkaitan memandangkan kesenian ini berpotensi diangkat ke peringkat antarabangsa.
Hasimi Muhamad
Tue Nov 30 2021
Saanah (tengah) bersama enam lagi penunan songket daripada Kumpulan Songket Tenunan Rajang. - Astro AWANI
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganalisis terkilan cara Harimau Muda tewas di tangan Uzbekistan
Malaysia yang pernah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi 2018, menyasarkan untuk menyamai pencapaian itu pada kempen kali ini.
KKR akan semak projek kolam tempur Kem Iskandar sebelum kenakan denda - Nanta
Nanta berkata kementeriannya juga perlu menyemak kepada syarat-syarat kontrak mereka, jika pemaju ada menuntut sebarang kos tambahan.
KDA FC berjaya selesai tunggakan gaji
KDA FC berjaya selesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi musim 2023, sekali gus membolehkan pasukan kelab itu mengekalkan Lesen Kebangsaan bagi bersaing dalam Liga Super musim ini.
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: 18 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: Building climate resilient communities
With the effects of climate change worsening over time, Junior Cho of Zurich Malaysia shares about building sustainable communities that are climate-resilient through the Urban Climate Resilience Programme.
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Songket Rajang cecah RM12,000, kini hanya tujuh 'srikandi' pertahan warisan
Keunikan itu menjadikan songket ini ada yang mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan, bergantung kepada motifnya.