Trivia. Festival Filem Malaysia (FFM) ke-10 pada 1992 mengiktiraf dua filem sekaligus iaitu Bintang Malam dan Selubung sebagai Filem Terbaik.
Ketika itu saya masih di tingkatan dua dan amat setia mengikuti perkembangan dunia hiburan melalui akhbar dan majalah.
Seingat saya, laporan media menyebut, barisan juri mendapati kedua-dua filem itu mempunyai kekuatan yang setara dan tidak adil untuk memilih satu saja.
Ada sebab saya membangkitkan kembali kenangan festival kontroversi itu.
Tahun ini, FFM ke-25, yang merayakan ulang tahun Jubli Peraknya, memperlihatkan saingan yang amat sengit di antara 'Songlap' dan 'Bunohan'.
'Songlap' arahan Efendee Mazlan dan Fariza Azlina Ishak mendahului dengan 15 pencalonan, manakala 'Bunohan' karya Dain Said mendapat 13 pencalonan.
Dari segi kutipan, kedua-duanya menerima sambutan sederhana. Namun, umum mengetahui dan tidak mempertikaikan kualiti yang dipersembahkan.
Apatah lagi, 'Bunohan' yang menjadi buah mulut ramai kerana kemampuannya ditayangkan dan bertanding di festival-festival antarabangsa.
Bagaimanapun, bukan itu yang ingin saya sentuh. Sebaliknya, pandangan peribadi terhadap dua filem ini yang saya sifatkan benar-benar ‘sinema’.
Jika ada waktu lapang, saya gemar menonton semula filem-filem Melayu era 1980an dan 1990an, sama ada melalui YouTube, DVD mahupun tayangan di televisyen.
Trivia. Tidak seperti kanak-kanak lain, saya tidak minat menonton kartun.
Sejak kecil, emak dan ayah sering ‘mengheret’ saya dan kakak ke pawagam Cathay, Klang untuk menyaksikan filem-filem Melayu atau Indonesia.
Antara judul yang saya ingat ialah 'Sikit Punya Gila', 'Bila Hati Telah Retak', 'Mawar Merah' dan 'Hati Bukan Kristal'.
Malah, saya pernah menangis dan merajuk apabila permintaan saya untuk mengikut ibu saudara menonton 'Ali Setan' tidak ditunaikan.
Masuk usia 12 tahun, saya sudah berani menonton sendirian, seperti filem 'Fenomena' yang saya tonton sampai dua kali di pawagam.
Kini, menyaksikan kembali filem-filem lama ini, ia mengingatkan saya kepada pengalaman takjub menonton gambar di layar besar.
Bagaimana saya begitu menikmati setiap saat keseronokan dan saya tahu, perasaannya tidak sama apabila menonton di peti kecil televisyen.
Seiring dengan peredaran zaman, kepakaran dan citarasa kian berubah.
Membikin filem pada masa kini bukan lagi satu kerja sukar berbanding satu atau dua dekad lalu.
Tidak dinafikan, industri filem Malaysia hari ini semakin pesat dan menyumbang kepada ekonomi negara, tetapi saya merasakan penerbit dulu-dulu mempunyai lebih ‘prestij’.
Hari ini sesiapa pun boleh menjadi penerbit filem, tetapi tidak dulu.
Apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya ialah saya berterima kasih dengan kehadiran 'Songlap' dan 'Bunohan'.
Kedua-dua filem ini mengingatkan saya kepada perasaan lama, seperti yang saya ceritakan tadi. Seperti jatuh cinta semula kepada filem-filem Melayu.
Saya boleh menonton 'Songlap' dan 'Bunohan' berulang-ulang kali – naskhah yang sangat merangsang minda dan jiwa, memiliki nilai estetika yang tinggi.
Ia sama seperti saya terkesan menonton filem-filem arahan Rahim Razali (kini Datuk), misalnya 'Abang', 'Matinya Seorang Patriot' dan 'Tsu-Feh Sofiah'.
Saya juga teringat-ingat dengan naskhah dari U-Wei Hj Shaari seperti 'Kaki Bakar', 'Perempuan, Isteri Dan…' dan 'Jogho'.
Tidak ketinggalan kekaguman saya terhadap pengarah wanita seperti Shuhaimi Baba (kini Datin Paduka) yang mengilhamkan 'Layar Lara', di samping kebolehan Erma Fatima mengendalikan naskhah seberat 'Perempuan Melayu Terakhir'.
Kita boleh tahu dan nampak betapa 'Songlap' dan 'Bunohan' dihasilkan dengan teliti, kerana pembikinnya faham seni sinema itu tidak sama dengan produk televisyen. Penceritaan, teknikal, rekaan produksi dan lakonan, semuanya diperhalusi.
Mereka benar-benar serius dengan apa yang dihasilkan kerana mereka peduli nama mereka akan ‘melekat’ dalam filem itu sampai bila-bila.
Kembali kepada trivia yang pertama tadi.
Ada sebab mengapa saya membangkitkan kembali kenangan FFM ke-10.
Secara peribadi, saya tidak tahu untuk memilih 'Songlap' atau 'Bunohan' sebagai Filem Terbaik FFM ke-25. Kalau boleh, saya mahu kedua-duanya dijulang.
Tidak mustahil, bukan? Kerana sejarah pernah membuktikannya. Hal ini saya ketengahkan kerana secara kebetulan Anugerah Academy atau Oscar yang lalu turut memberi dua kemenangan untuk satu kategori.
Trivia. Juri Oscar ke-85 barangkali bingung untuk memilih satu pemenang, lantas memberikan trofi Suntingan Bunyi Terbaik kepada 'Skyfall' dan 'Zero Dark Thirty'.
Menyentuh tentang keputusan secara keseluruhan, saya berpuas hati terutamanya dengan kejuaraan 'Argo' sebagai Filem Terbaik.
Berpeluang menyaksikannya di pawagam semasa bercuti di Melbourne, saya mengerti mengapa ia menjadi ‘buah hati’ musim anugerah Hollywood tahun ini.
Ianya sebuah naskhah yang intelek, berpandukan sejarah tetapi masih menghiburkan. Ada debar, drama, humor dan momentumnya terkawal.
Saya sempat ‘bertengkar kecil’ dengan kawan-kawan yang tidak bersetuju apabila 'Argo' menang.
Kata mereka, filem itu tidak jujur, tidak tepat mengikut fakta dan banyak lubang-lubang kelemahan. Filem arahan Ben Affleck itu hanyalah mainan politik dan propaganda Amerika Syarikat untuk membuktikan mereka masih lagi relevan sebagai hero dunia.
Tidak dinafikan ada benarnya tetapi kemenangan itu juga mungkin disebabkan faktor lain, di samping penghasilannya yang baik. 'Argo' ialah sebuah karya Hollywood yang berkisar tentang Hollywood - bagaimana industri filem Amerika membantu kerajaan menyelamatkan enam diplomat yang terkandas semasa krisis Iran tahun 1979.
Jadi, sudah tentulah Oscar yang mewakili Hollywood ingin mengangkat darjat lapangan mereka sendiri.
Atau mungkin juga Oscar ingin menebus malu selepas ‘mencicirkan’ nama Affleck untuk kategori
Pengarah Terbaik, selepas hampir kesemua acara anugerah tahun ini mengangkat hero filem Daredevil itu.
Syazwan Zakariah
Tue Feb 26 2013
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Songlap, Bunohan dan Argo
Antara Filem Festival Malaysia dan Oscar.
Oscar: Tiga filem menjadi pilihan pengkritik
Astro Awani telah menjemput dua pengulas filem, Ajami Hashim dan Fadli Al-Akiti untuk bersama-sama berkongsi mengenai ramalan pemenang Anugerah Akademi kali ini.
Oscar: Argo bakal bersaing sengit dengan Lincoln
Anugerah Academy ke-85 yang berlangsung Ahad bakal menyaksikan filem Argo bersaing sengit dengan filem Lincoln.
Filem Argo tidak diterima baik di Iran
"Argo" menerima banyak penghargaan dan pujian pengkritik di Amerika Syarikat, filem itu bagaimanapun gagal memberi persepsi baik di Iran.
'Argo' raih anugerah tertinggi SAG
Drama krisis tebusan Iran 'Argo' memenangi hadiah filem drama terbaik di Majlis Anugerah -Skrin Actors Guild (SAG) pada hari Ahad.
Argo teratas carta US Box Office
Filem aksi 2012 lakonan Ben Affleck, Argo akhirnya berjaya menduduki tempat pertama dalam senarai US Box Office dengan kutipan sebanyak RM38 juta