Tidak timbul isu pengasingan atau diskriminasi terhadap anak-anak petugas barisan hadapan terutamanya warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam penempatan di taman asuhan kanak-kanak (taska), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham.
Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) di taska, yang masih di peringkat cadangan itu dan belum dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), bertujuan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Beliau berkata petugas barisan hadapan terutamanya yang bekerja di hospital adalah satu daripada kumpulan berisiko untuk terkena jangkitan dan begitu juga dengan ahli keluarga mereka.
"Bukan kami sekat. Kami khaskan satu tempat untuk anak-anak petugas barisan hadapan. Kalau taska di hospital, tidak ada masalah. Namun, kalau bergaul dengan kanak-kanak lain, perlu khaskan.
"Ini bukan pengasingan tetapi khaskan di satu tempat. Kami memberi pengawasan khusus kepada anak petugas kesihatan. Mungkin cara kita mengolah perkataan seolah-olah seperti kita asingkan, namun sebenarnya ia memberikan perhatian khusus kepada mereka," katanya semasa menjawab hal berkaitan garis panduan berkaitan operasi taska, yang didakwa sebagai satu bentuk 'diskriminasi' terhadap anak-anak petugas barisan hadapan.
Dr Noor Hisham berkata petugas kesihatan juga sentiasa diingatkan mematuhi langkah keselamatan apabila kembali ke pangkuan keluarga termasuk tidak terus menyentuh anak-anak mereka sebelum melakukan amalan pembersihan diri.
Beliau berkata SOP taska itu akan diperhalusi dan dibentangkan kepada MKN sebelum dilaksanakan.
"KKM ingin mengulangi bahawa tiada sebarang diskriminasi dalam memberi rawatan COVID-19 kepada semua, sama ada kepada warganegara atau bukan warganegara, dewasa, atau kanak-kanak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 25 2020
Dr Noor Hisham berkata SOP taska itu akan diperhalusi dan dibentangkan kepada MKN sebelum dilaksanakan. - Gambar fail
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak Salahuddin
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak sulung