Polis akan menggunapakai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Sosma bagi melancarkan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman, Datuk Razali Basri, individu yang didapati menimbulkan kekecohan atau mengancam keselamatan sepanjang tempoh kempen pilihan raya akan disiasat di bawah Sosma dan didakwa mengikut Kanun Keseksaan.
Antaranya, Seksyen 124(B) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan Seksyen 124(C), boleh dihukum penjara selama 15 tahun jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, sebarang aktiviti menjejaskan ketenteraman awam yang berlaku sebelum bermulanya tempoh kempen akan menggunapakai Akta Perhimpunan Aman 2012.
Polis memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang cuba menimbulkan kekecohan sepanjang tempoh berkempen dan pada hari mengundi.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata di Ipoh Perak umpamanya, pihak polis telah mengenalpasti beberapa kawasan panas seperti Taiping, Sungai Siput, Ipoh Barat dan Batu Gajah.
Jelas Khalid, polis juga telah mengenal pasti beberapa orang yang mungkin akan menimbulkan kekecohan sepanjang tempoh berkempen dan pada hari mengundi.
Tambahnya beliau berpuas hati tentang segala perancangan dan persiapan pilihan raya yang telah dibuat oleh polis negeri Perak temasuk dari segi peralatan dan keanggotaan.
Khalid berkata demikian pada majlis penyerahan cek bernilai RM528,372 untuk Tabung Kebajikan PDRM `Ops Daulat' di Ibu Pejabat Kontijen Polis Perak di Ipoh pada Rabu.
Astro Awani
Wed Apr 10 2013
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
PRU, PRN disekalikan praktikal, beri impak positif kepada peratusan keluar mengundi - Pakar
Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan secara bersekali dilihat sebagai praktikal kerana berupaya memberi impak positif terhadap peratusan keluar mengundi.
Larangan penggunaan aset kerajaan: SPR sedia bincang dengan PH
Matlamat SPR agar semua penambahbaikan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan dapat menjamin pilihan raya yang telus, bersih dan adil.
Akademi Pilihan Raya akan diperkasa - SPR
Akademi itu tidak lagi hanya memberikan kursus kepada petugas SPR sahaja, sebaliknya telah turun padang di seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada masyarakat pelbagai peringkat.
Sosma digunapakai pastikan PRU-13 lancar
Polis akan menggunapakai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Sosma bagi melancarkan proses PRU-13.