KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melantik juruukur bebas dan mengemukakan laporan lengkap berkaitan tapak projek pembangunan di kolam takungan di Taman Wahyu, Kepong.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata DBKL diberi tempoh tiga minggu untuk membuat pelantikan dan mengemukakan laporan lengkap itu.
"Ia adalah untuk melihat sama ada pembangunan yang sedang dibina dilakukan di dalam kawasan seperti yang diluluskan dalam pelan pembangunan.
"Kita harap laporan ini akan disiapkan segera untuk SPRM melengkapkan siasatan dan jika terdapat sebarang pelanggaran undang-undang tindakan sewajarnya akan diambil," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di tapak projek pembangunan di kolam takungan di Taman Wahyu, Kepong di sini pada Sabtu.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah.
Azam berkata siasatan awal SPRM mendapati tiada mana-mana dari enam kolam takungan di sekitar ibu negara ditukar status untuk projek pembangunan telah ditambak.
"Hanya kolam takungan di Taman Wahyu ini mendapat kelulusan untuk pembangunan dan DBKL belum menerima apa-apa permohonan untuk pembangunan di lima lagi kawasan kolam takungan," katanya.
Terdahulu Bernama melaporkan SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan enam kolam takungan banjir ditukar status untuk projek pembangunan.
Azam dilapor berkata SPRM akan menyiasat melibatkan pelbagai aspek termasuk unsur rasuah dan salah guna kuasa.
Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh menggesa SPRM agar mengambil tindakan segera berhubung dakwaan itu yang bertentangan dengan matlamat sebenar keperluan kolam berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
Azam (dua, kanan) bersama Md Nasir (kanan) melakukan pemeriksaan di tapak projek pembangunan di kolam takungan di Taman Wahyu, Kepong. -Bernama
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
676 tindakan sita barangan penjaja asing sepanjang 2023 - Zaliha
Sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang 2023, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
DBKL tutup serta-merta pusat hiburan
Premis tersebut dikenakan tindakan di bawah bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.
Sumbangan sempena Ramadan di KL hanya boleh disalur di tiga lokasi - Dr Zaliha
NGO dan orang perseorangan di ibu negara disaran menyalurkan sumbangan atau makanan sempena Ramadan di tiga lokasi yang ditetapkan DBKL.
DBKL arah tutup premis makanan kotor, jijik
DBKL berkata, penutupan premis itu susulan Operasi Sepadu Bersih yang dijalankan sekitar Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bukit Bintang.
DBKL tutup operasi pusat sembelihan ayam tanpa lesen, kotor
Pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar turut mendapati kesemua pekerja yang terdiri daripada warga asing didapati tiada suntikan typhoid serta tiada sijil pengendalian makanan.
KLFA nafi tunggakan gaji empat bulan KL City
KLFA menafikan pihaknya dibelenggu masalah tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan KL City, yang didakwa berlarutan sehingga empat bulan.
Tiga premis kotor diarah tutup
Tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.
Sikap penyewa antara penyebab isu tunggakan sewa PPR berlarutan
Menurut Masri, kebanyakan penyewa memberi alasan tidak mampu bayar sewa kerana tiada pendapatan tetap meskipun kadarnya hanya RM150 sebulan.
DBKL sita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa
DBKL menyita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa dekat sini pada Sabtu kerana menghalang laluan di kawasan awam.
Hampir 2,000 anak Pahang sertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024
Larian bermula di Dataran DBKL kira-kira pukul 7 pagi itu dilepaskan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.