KUALA LUMPUR: Institusi kewangan perlu memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat kemasukan wang dalam jumlah yang banyak serta mencurigakan bagi menangani jenayah rasuah di negara ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan berbincang dengan institusi terbabit mengenai kaedah terbaik bagi mengesan transaksi hasil tidak sah sejak dari awal, seperti di peringkat perolehan lagi.
Beliau berkata ini bagi membolehkan agar sistem kewangan dilaksanakan tanpa melanggar undang-undang bagi tujuan penyaluran maklumat dengan lebih berkesan dan cepat kepada pihak SPRM.
"Kerjasama ini perlu kerana pihak bank adalah yang terawal dapat mengesan sekiranya berlaku transaksi mencurigakan dalam jumlah yang diragui terutamanya oleh pihak yang merupakan individu politik berprofil tinggi," katanya pada Majlis Makan Tengah hari bersama Institusi-institusi Kewangan bagi Memerangi Jenayah Kewangan di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Marzunisham Omar.
Katanya kerjasama ini dapat membendung jenayah rasuah yang semakin meningkat terutama melibatkan kes berprofil tinggi dan kepentingan awam.
"Sekarang kerjasama makin meningkat di antara SPRM dengan institusi kewangan apabila sikap keterbukaan mereka untuk memberi kerjasama, nampak lebih baik," katanya.
Azam Baki berkata pelaksanaan program pembinaan keupayaan dalam sektor kewangan juga mampu meningkatkan usaha memerangi rasuah.
Justeru, katanya kerjasama antara SPRM dengan sektor kewangan melalui pertukaran maklumat akan memupuk persefahaman dan berkongsi kepakaran dalam memerangi rasuah dan pengubahan wang haram.
Ketua Pegawai Eksekutif RHB Berhad Mohd Rashid Mohamad ketika ditemui berkata kerjasama di antara institusi perbankan dan SPRM diperlukan bagi menangani jenayah kewangan yang semakin berleluasa.
"Sekarang kita lihat transaksi semakin banyak, semua bank sebagai gatekeeper perlu lebih berjaga-jaga dan di sini kita memerlukan satu sistem menangani semua masalah jenayah kewangan di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan berbincang dengan institusi terbabit mengenai kaedah terbaik bagi mengesan transaksi hasil tidak sah sejak dari awal, seperti di peringkat perolehan lagi. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.
Pemilik Spanco, Robert Tan tiba di mahkamah
Robert Tan menghadapi pertuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.