Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan portal Mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (SEA-PAC) sempena ulang tahun ke-10 mesyuarat tersebut.
Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam ucapannya beharap portal itu dapat dimanfaatkan oleh anggota SEA-PAC dan juga di persada antarabangsa.
"Kami, pihak SPRM telah membangunkan portal ini dan juga akan menguruskannya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota SEA-PAC atas kepercayaan yang diberi.
"Saya pasti kita sama-sama dapat menggunakan sepenuhnya protal ini ke area antarabangsa," katanya ketika pelancaran mesyuarat SEA-PAC di Kuala Lumpur, pada Isnin.
Sementara itu, Abu Kassim turut menaruh harapan yang tinggi untuk mesyuarat tersebut.
Katanya, ini penting kerana tugas SPRM termasuk badan-badan anti-rasuah Asia Tenggara yang lain mempunyai kesan langsung dan tidak langsung terhadap kehidupan masyarakat serantau.
"Kita boleh dan harus lakukan lebih untuk menangani rasuah secara terang-terangan dan tegas," kata Abu Kassim.
Malaysia menjadi tuan rumah SEA-PAC ke-10 dengan harapan memperkukuh kerjasama di kalangan negara anggota bagi memerangi jenayah rasuah merentasi sempadan dengan lebih berkesan.
Pengukuhan inisiatif kerjasama memerangi rasuah di rantau Asia Tenggara merupakan misi berterusan SPRM yang menjadi tuan rumah mesyuarat tersebut.
Beberapa perkara seperti siasatan dan pencegahan rasuah di sektor swasta, kepimpinan berintegriti dan urus tadbir baik di kalangan komuniti bisnes akan turut dibincangkan.
Mesyuarat SEA-PAC Kali Ke-10 berlangsung di Hotel Royale Chulan di sini selama tiga hari mulai hari ini (Isnin), dengan pelancaran portal www.sea-pac.org .
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah SEA-PAC, di mana mesyuarat yang pertama telah diadakan pada tahun 2008.
Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low; Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; serta anggota delegasi SEA-PAC dari Brunei, Indonesia, Singapura, Kemboja, Filipina, Thailand, Vietnam, Laos dan Myanmar.
Haider Yutim
Mon Dec 01 2014
Abu Kassim membuat ucapan pembukaan bagi SEA-PAC hari ini. - Astro AWANI
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Rasuah: Agensi kerajaan berisiko rendah perlu ada pelan pencegahan - Abu Kassim
Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pelan sebegitu cukup penting sebagai langkah proaktif bagi memastikan isu governans, integriti dan rasuah dikendalikan secara pencegahan.
PM hargai sumbangan Abu Kassim perangi rasuah
Tan Sri Muhyiddin zahirkan penghargaan beliau atas segala usaha dan sumbangan KP Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.
Dana jaga kebajikan petugas agensi antirasuah dilancar esok
Inisiatif Malaysia, 'Perdana International Anti-Corruption Champion Fund (PIACCF),' akan dilancarkan esok untuk menyalurkan bantuan kepada petugas agensi antirasuah di seluruh dunia.
Warga SPRM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Said
Ahmad Said memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula dari 14 Mei 2007 hingga 31 Disember 2009 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Seksyen 17A Akta SPRM: Rundingan sedang berjalan
Sesi rundingan dan penerangan sedang dilakukan bagi memberi pemahaman kepada pihak terlibat terutama syarikat komersil sebelum Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikuatkuasa.
Peruntukan khusus isytihar harta digubal tahun depan - Abu Kassim
Jelasnya, inisiatif yang dilakukan kini juga sebahagian daripada proses menjadikan pentadbiran negara lebih telus.
Abu Kassim dedah pernah dilabel sebagai pembelot negara
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk ancaman diterimanya ketika menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2014 hingga 2015.
Ahli politik perlu bebas rasuah - Abu Kassim
Beliau berkata, ia kerana kegiatan rasuah terbesar dalam negara dipercayai melibatkan ahli politik selain berlaku dalam kalangan pengurusan parti politik itu sendiri.
'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah
Shukri berkata beliau bukannya meletak jawatan atau diarahkan meninggalkan SPRM kerana menutup beberapa 'fail' berprofil tinggi.