SPRM N.Sembilan kesan lelaki bantu siasatan kes

Bernama
Mac 28, 2023 06:17 MYT
SPRM dalam kenyataan memaklumkan lelaki berkenaan dikenali sebagai P. Devendran, 36, yang beralamat terakhir di No. 66B, Kampung Pasir Rasah.
SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes yang dijalankan pihak mereka.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan lelaki berkenaan dikenali sebagai P. Devendran, 36, yang beralamat terakhir di No. 66B, Kampung Pasir Rasah, di sini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Nazif Haikal Jalaludin di talian 013-4078684 atau e-mel kepada nazifhaikal@sprm.gov.my, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#SPRM #P Devendran #Kampung Pasir Rasah #Mohamad Nazif Haikal Jalaludin