Ini reaksi anda kepada reaksi Editor, Noor Azam Shairi yang mengulas Laporan Audit Negara 2012 yang dikeluarkan awal minggu ini bertajuk Laporan Ketua Audit Negara: Apa lagi nak kata?

Meor Muhamad: Hanya perlukan tindakan susulan. Kalau di syarikat swasta, auditor disegani tetapi dalam kerajaan macam tak dipandang tak kisah. Tindakan susulan perlu sebab jika tiada, setiap tahun akan 'dihidangkan' laporan ketirisan yang sama. bermula dari pembuat tender, penilai, pegawai yang meluluskan, ketua bahagian, ketua jabatan/kementerian hatta menteri berkaitan juga harus bertanggungjawab, bukan sekadar memberi kenyataan di akhbar saja. Ia tidak mencukupi sebab kerajaan ialah pemegang amanah rakyat dan juga pengurus negara. Aplikasikan cara swasta dalam hal audit. Hukuman perlu diambil (walaupun secara jujurnya saya yakin ia tidak akan berlaku) tetapi ia mesti dibuat. Kalau tidak, laporan audit hanya umpama kertas bungkus nasi lemak.

Neo Hafizul: Audit sudah dedah macam sudah terang-terang pembaziran berlaku tapi menteri-menteri masih nak menafikan lagi. Kalau macam itu baik tak payah ada audit.

Tun Izmir: Jika bertukar kerajaan persekutuan sekalipun, hasilnya tetap sama kerana yang melakukan perkara-perkara ini ialah ketua jabatan, pengarah-pengarah, pegawai, kakitangan kementerian dan seterusnya. Menteri bukannya melakukan semua kerja-kerja tersebut selain kakitangan kementerian, jabatan-jabatan dan pegawai-pegawai. Cerita lama diulang-ulang semula selagi tiada tindakan seperti buang kerja, tindakan mahkamah, turun pangkat dan lain-lain.

Ja'a Ismail: Memang dah tahu dah. Memang terlalu banyak pembaziran. Duit tak sampai kepada yang sepatutnya dan lain-lain. Tapi ini hanyalah laporan saja. Jangan takut. Takkan ada apa-apa tindakan, yang pasti rakyat kena tanggung.

Puteri Salju: Kau tahu mana tiada tindakan.

Kasturi Sellvadurai: Duit itu duit rakyat Malaysia. Kerajaan mesti beri penjelasan dan bukan alasan. Kalau beri alasan, memang mereka tak ada kredibiliti untuk mentadbir Malaysia. Rakyat Malaysia tak halalkan duit itu diperguna sedemikian rupa. Rakyat Malaysia dah buka mata

Saiful Al Malizi: SPRM sepatutnya mula bertindak.

Mohd Hishammudin Bin Amat: Sekarang tanggungjawab SPRM cari bukti.

Pa'ee Kassim: Dicadangkan supaya setiap bahagian dalam jabatan kerajaan mempunyai seorang pegawai audit dalam yang memantau prosedur dan kelemahan jabatan. Seorang pegawai audit juga perlu menjadi ahli dalam semua jawatankuasa yang berkaitan dengan kewangan. Jabatan audit negara juga perlu mengadakan taklimat kepada semua jabatan tentang perkara yang berkaitan.

Muhammad Radzi Kamarudin: Tak boleh nak kata apa sebab setiap tahun hampir perkara yang sama dilaporkan seperti harga perolehan yang tidak masuk. Harap rakan-rakan penjawat awam di luar sana yang terlibat dalam perolehan elakkan daripada melakukan seperti perkara yg dilaporkan Audit Negara. Anggap lah duit mengurus yang diterima itu seperti amanah yang perlu benar-benar dijaga sebaik mungkin.

Alyaa Syafiah: Laporan kepada jabatan audit negara selalu tidak tepat. Jabatan audit negara perlu melakukan semakan terperinci laporan yang diterima. Kesalahan laporan atau kesalahan penyelewengan.