SPRM tahan dua pengurus IT disyaki terima suapan

Astro Awani
Februari 21, 2024 05:27 MYT
SPRM menahan dua orang pengurus syarikat IT kerana disyaki menerima suapan berupa tiket penerbangan dan penginapan di Bangkok, Thailand dianggarkan berjumlah sekitar RM3,000.00.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua orang pengurus syarikat IT kerana disyaki menerima suapan berupa tiket penerbangan dan penginapan di Bangkok, Thailand dianggarkan berjumlah sekitar RM3,000.00.
Sumber memberitahu, kedua-dua suspek lelaki tersebut ditahan antara kira-kira jam 10 hingga 11 malam semalam melalui satu operasi yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.
Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2023 telah menerima suapan daripada sebuah syarikat sebagai balasan agar tidak menganggu perjalanan kontrak syarikat tersebut dengan sebuah bank.
Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi bin Husin@Che Mamat ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen di bawah seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Kedua-dua suspek tersebut dilepaskan dengan jaminan SPRM.
#SPRM #Thailand #Rasuah #pengurus syarikat IT