SETIU: Kira-kira 200 buah kenderaan terkandas akibat bekalan minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Saujana di sini kehabisan pada Jumaat.
Menurut pengguna, Azuddin Yusoff, dia memulakan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke pahang sebelum terkandas di stesen minyak berkenaan sekitar jam 6 petang Jumaat.
Katanya sehingga jam 11 malam, dia bersama pengguna yang lain masih terkandas selepas kehabisan bekalan bahan api tersebut.
"Jadi lebih kurang 200 kereta terkandas di sini. Kami kesal dengan kejadian seperti ini.
"Sepatutnya pihak berkuasa atau pihak stesen minyak ambil tindakan, cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.
Sementara itu penyelia stesen minyak berkenaan Hafikir Zaki memohon maaf di atas kesulitan yang dialami para pengguna.
"Saya minta maaf atas kesesakan yang berlaku, kesusahan yang dialami pelanggan disebabkan bekalan minyak terputus.
"Lori yang menghantar minyak telah datang tapi kerana kesesakan yang berlaku, kenderaan yang bergerak perlahan, sepatutnya sampai lebih awal tapi kerana kereta terlalu banyak kereta menyebabkan lori tergendala untuk sampai pada waktunya," katanya.
Difahamkan sekitar jam 12 malam tadi lori yang membawa bekalan minyak berkenaan tiba di stesen minyak tersebut.
Sementara itu Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata penggunaan di luar jangkaan berikutan sambutan perayaan Aidilfitri menyebabkan bekalan di sesetengah stesen minyak kehabisan bekalan dan perlu menunggu stok baharu tiba.
Tambah beliau, pihaknya juga sentiasa dimaklumkan oleh syarikat minyak dan juga pemilik stesen minyak tentang status semasa bekalan serta tindakan proaktif mereka bagi memastikan keberadaan bahan bakar ini di pasaran.
Nur Fazlizai Ali
Sat May 07 2022
Difahamkan sekitar jam 12 malam tadi lori yang membawa bekalan minyak berkenaan tiba di stesen minyak tersebut. - Astro AWANI
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barisan panjang di stesen minyak sekitar Tehran
Serangan itu menimbulkan pembelian panik minyak petrol dalam kalangan orang ramai sekiranya harganya melambung tinggi jika berlaku perang.
Dua beradik antara tiga lelaki didakwa rompak berkumpulan guna tukul besi
Tiga lelaki termasuk dua beradik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan tukul besi.
Guna dua nozel isi diesel bersubsidi, syarikat, stesen minyak berdepan tindakan
Seorang pemandu lelaki warga tempatan berumur 40-an tahun juga ditahan untuk siasatan lanjut.
Dua individu ditemukan maut dalam sebuah kereta di stesen minyak
Seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di stesen minyak berhampiran Muadzam Shah, Rompin hari ini.
Polis siasat kes pergelutan ketika menahan lelaki berkaitan dadah di Langkawi
Satu siasatan dijalankan bagi menyiasat dan mengetahui punca sebenar penyebab kepada punca kematian yang berlaku.
Penunggang motosikal rentung dalam kemalangan dengan lori
Seorang penunggang motosikal rentung selepas motosikal yang ditungganginya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori di hadapan sebuah stesen minyak.
Selepas 36 tahun, Petron Putra 1 henti operasi hari ini
Selama lebih tiga dekad stesen minyak ini menabur bakti kepada masyarakat Alor Setar, Kedah.
Petronas Dagangan pasang lebih banyak hab pengecasan EV di stesen minyak
Sehingga kini, terdapat 25 hab pengecasan EV di stesen Petronas, terutamanya sepanjang Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Utara-Selatan.
Shell batal rancangan tutup 34 stesen minyak di Sabah
Shell membatalkan rancangannya untuk menutup 34 stesen minyak di Sabah menjelang Januari tahun depan, susulan siri perbincangan dengan kerajaan negeri.
Polis kesan dua lelaki bergaduh di stesen minyak
Kejadian kira-kira jam 11 malam itu melibatkan dua suspek dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua mereka.