KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan stesen minyak, restoran atau kedai makan dan kedai serbaneka untuk beroperasi mulai 6 pagi sehingga jam 12 malam bagi semua negeri kecuali bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, perkara itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 pada Selasa.
Namun perkara itu katanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dijadualkan berlangsung esok.
“Ini akan diangkat ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang akan bermesyuarat esok dan ia akan disyorkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum diputuskan dan diumumkan Menteri Kuartet COVID-19," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 petang tadi.
Mesyuarat turut melibatkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tambah Hishammuddin, penambahbaikan terhadap prosedur operasi standard (SOP) sedia ada juga akan turut dibincangkan pada mesyuarat esok.
"Ia membabitkan senarai 181 SOP sedia ada yang dilihat mungkin akan dikurangkan kepada 10 selepas ini.
“Usaha ini berjalan dengan baik dan laporan yang kita terima hari ini sekali gus memberikan keyakinan saya bahawa ia dapat diselesaikan seperti dirancang pada permulaan bulan Oktober,” katanya lagi.
Tambah beliau, Mesyuarat Menteri Kuartet juga adalah bertanggungjawab untuk membuka sektor-sektor terlibat secara berperingkat dan selamat sebagai persiapan negara ke fasa endemik.
Untuk itu katanya lebih banyak kelonggaran akan diberikan selepas ini kepada rakyat selagi mana pematuhan SOP dan langkah keselamatan sewajarnya dapat diamalkan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Sep 21 2021
Menteri Kanan Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 (SOP) di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).