DALAM Pilihan Raya Umum (PRU), negeri atau kecil, pendekatan "tawan dan tahan" menjadi satu kaedah atau ciri-ciri yang membentuk strategi kemenangan.
Kalau kita bercakap tentang tawan, maksudnya kita mahu menang dalam kawasan yang dahulu kalah, kalau tahan pula maknanya kita mahu bertahan di kawasan yang pernah menang.
Jadi, dalam konteks tawan, kita melihat calon atau parti bertanding membuat beberapa tawaran atau pendekatan yang diharap boleh mengubah pemikiran pengundi untuk memberi mereka peluang melihat sudut berbeza selepas membuang undi.
Jika konsep tahan pula digunakan, mereka akan kemukakan alasan atau faktor yang menyebabkan ada kesinambungan di kawasan berkenaan.
Strategi parti
Di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, konteks ini begitu menarik perhatian kerana secara kasar, Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah tahan, maksudnya BN mesti bertahan di kerusi yang sudah dimenanginya.
Manakala untuk PAS, mereka menggunakan strategi mahu mengalahkan BN, begitu juga dengan Parti Amanah Negara (PAN) selain tiada kedengaran sebarang strategi oleh calon Bebas.
Maka calon-calon tawan ini akan menimbulkan kekeliruan kerana sebelum penamaan calon sudah berlaku sengketa parti mana yang patut bertanding.
Maksudnya, untuk menawan pihak lawan sudah awal-awal memikirkan pertandingan dua penjuru merupakan langkah yang terbaik.
Malangnya, ia tidak berlaku. Malahan kita melihat beberapa kelonggaran dalam pemantapan kerja dan dilihat PAN dengan PAS pertama kali berdepan dengan konsep mahu menawan BN.
Apa yang berlaku sekarang, PAN dan PAS sama-sama mahu mengalahkan satu sama lain sekali gus memberi kelebihan kepada BN untuk bertahan.
Bagi PAN, sebagai satu parti baharu, mereka hadapi masalah sukar dalam PRK kerana kawasan yang mereka tandingi bukanlah kawasan tradisi, mereka dilihat terpaksa dipimpin rakan-rakan kongsi yang berpakat, iaitu Pakatan Harapan.
Di Sungai Besar, Pakatan Harapan ini tidak jelas misinya kerana PKR tidak terserlah dalam menghulurkan bantuan membantu sebuah parti baharu dan banyak kekeliruan berlaku kerana mereka tidak ada pengalaman bertanding dalam sebuah negeri yang diketuai PKR.
Kita lihat juga di Sungai Besar, tarikan istimewa konteks "tawan dan tahan" ini merupakan satu kemaraan BN bagi kawasan yang dikatakan dikuasai DAP iaitu dalam kawasan DUN Sekinchan.
Memang taktik menawan di DUN Sekinchan itu dilihat jelas di mana banyak program dilakukan di kawasan berkenaan dan pada masa sama BN meletakkan program bertahan mereka di DUN Sungai Panjang.
Untuk melakukannya, mereka meletakkan calon yang mempunyai kekuatan menawan, sedangkan kelihatan di DUN Sekinchan, mereka terpaksa mempertahankan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dahulunya mereka menang, khususnya PAS semasa dalam keluarga Pakatan Rakyat dahulu.
Kalau dilihat dalam konsep tawan, pendekatan BN agresif berbanding dilihat sebagai bertahan, selain parti komponen seperti Gerakan, MIC dan MCA dilihat terus mantap dan terus bertenaga dalam membuat pertalian dengan pengundi.
Manakala pihak lawan masih dilihat mahu memperkenalkan calon baru, iaitu seorang calon yang dahulu tidak pernah terfikir untuk menjadi calon.
Calon ini juga dilihat terpaksa dipimpin DAP kerana tidak biasa dengan kawasan itu dan untuk maksud kemenangan, mereka memang mengharapkan Sekinchan sebagai satu kubu kemenangan.
PAS pula apabila tahu tidak mendapat undi yang banyak terus menumpukan gerak kerja di kawasan Sungai Panjang.
Jentera mantap
Dengan jentera mantap, BN dilihat berjaya mengatur langkah sekali gus usaha mahu menang dengan menggunakan calon yang dianggap aset kemenangan.
Namun, desas-desus Pakatan Harapan yang akan menggunakan talian hayat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bantuan 'SOS' pasti elemen baharu dalam strategi kempen mereka.
Jika benar Dr Mahathir akan turun ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam waktu terdekat ini, ia signal baharu yang tidak pernah dilakukan mereka.
Jadi, dalam menghadapi lagi satu minggu lagi proses kempen ini berbanding satu minggu yang sudah berlalu, BN jelas menggunakan pendekatan yang menjadikan peluang kemenangan semakin cerah.
Selain itu peluang PAS dan PAN juga semakin mengelirukan masyarakat selain kepayahan itu turut diakui mereka sendiri.
Kehadiran PAN sebenarnya dilihat satu parti baharu yang tidak diketahui ramai. Difahamkan juga terdapat beberapa perubahan di PDM Sekinchan di mana pengundi mula beralih kepada BN kerana lebih mudah difahami berbanding kekeliruan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan yang masih belum selesai.
Situasi sedikit berbeza di Kuala Kangsar apabila kerajaannya adalah BN dan jelas tidak ada ciri-ciri kekeliruan seperti di Selangor.
Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Kangsar pada Jumaat juga merealisasikan satu demi satu Agenda Mastura menunjukkan BN sebuah parti yang tidak hanya cakap kosong.
Ternyata, dalam konteks ini BN memang selari dengan konteks tahan, maksudnya boleh 'deliver' dan jelas rakyat sudah boleh membuat keputusan daripada strategi BN berkenaan.
Walaupun umumnya geografi di Sungai Besar lebih mencabar daripada geografi di Kuala Kangsar kerana jarak dan keluasannya, ia tetap menjadi kawasan dan benteng kuat BN.
Konsep tawan dan tahan ini sebenarnya digunakan sepenuhnya oleh BN dalam merangka strategi kemenangan pada saat Pakatan Harapan atau PAS dengan blok ketiga dengan Ikatan yang masih dalam dunia syok sendiri dan penuh fantasi yang tidak ada kesudahannya.
Wan Syamsul Amly
Sat Jun 11 2016
Perspektif: Strategi tawan, tahan dan SOS Dr Mahathir - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.