AMPANG: Seorang jurujual tergamak menendang isterinya kerana berang wanita itu mengajak ke mahkamah syariah untuk memfailkan perceraian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita yang juga guru tadika berusia 30 tahun ke rumah ibu mentuanya di Taman Uda di sini pada jam 10.30 pagi untuk bertemu dengan suspek.
"Tujuan mangsa ke rumah mentuanya untuk mengajak suami ke mahkamah bagi tujuan perceraian.
"Suspek kemudian berang dan telah menendang paha dan pinggang mangsa sebanyak dua kali," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohamad Farouk berkata, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang dan disahkan mengalami kecederaan.
"Suspek berusia 29 tahun telah ditangkap pada 6.20 petang, hari yang sama," katanya.
Menurutnya, pasangan tersebut telah berkahwin sejak dua tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan.
"Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan," ujarnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 20 2022
Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang dan disahkan mengalami kecederaan.- Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
Lelaki didakwa tumbuk, tendang isteri kerana enggan temani ke majlis adik
Penghantar makanan rayu jaminan rendah kerana perlu menanggung lima orang anak.
Suami ditahan tendang isteri minta cerai
Seorang jurujual tergamak menendang isterinya kerana berang wanita itu mengajak ke mahkamah syariah untuk memfailkan perceraian.
Lelaki mengaku tidak bersalah tendang muka isteri
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menendang muka isterinya sehingga menyebabkan kecederaan.