TAPAH:"Kematiannya sangat menyedihkan, tapi saya berbangga kerana suami meninggalkan kami ketika bertugas untuk keamanan dan keselamatan negara, dia seorang wira," kata isteri mendiang Kpl Baharuddin Ramli yang terkorban selepas terkena tembakan penjenayah di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.
Relow Ko, 48, berkata, beliau dimaklumkan mengenai insiden yang menimpa suaminya itu kira-kira pukul 4.30 pagi tadi oleh seorang rakan yang datang ke rumahnya di kompleks perumahan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor di sini, hari ini.
"Sewaktu kawan sampai dia senyap bila saya tanya kenapa. Dia tunjuk mesej WhatsApp kepada saya beritahu apa jadi kepada suami, dan waktu itu saya rasa kosong sebab awal pagi, saya terkejut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
BACA: Anggota PGA maut, cedera berdepan 13 anggota kumpulan penyeludup ketum - Portal berita Thailand
BACA: Jasad anggota PGA terkorban dibawa ke Kem Bidor untuk penghormatan terakhir
Baharuddin, 54, terbunuh dalan insiden pada pukul 3.10 pagi itu, manakala rakannya, Kpl Norihan a/l Tari, 39, mengalami kecederaan parah, dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis.
Mendiang yang berasal dari Bahau, Negeri Sembilan meninggalkan seorang balu dan tiga anak berumur antara 18 hingga 32 tahun.
Menurut Relow, mendiang suaminya yang bertugas dengan Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, PGA terlibat dalam penugasan kawalan keselamatan Op Benteng di sempadan sejak 1 November lepas dan dijadual berakhir hujung bulan ini.
Beliau berkata, mendiang suaminya yang mula berkhidmat sebagai anggota polis ketika usia 19 tahun merancang untuk bersara empat tahun lagi dan berhasrat balik ke Bahau untuk bersama keluarga.
Bercerita mengenai peribadi suaminya yang berasal dari suku kaum Semelai, Relow berkata, mendiang seorang yang suka bercucuk tanam dan tegas terhadap anak-anak serta keluarga dan beliau tidak nampak sebarang perubahan ketara kepada mendiang suaminya sebelum keluar untuk tugasan kali ini, sebaliknya beliau yang berasakan sentiasa tidak sedap hati malah sukar untuk tidur malam.
Sementara itu, anak sulung mendiang, Shahrul Epanddy, 32, menyifatkan pemergian ayahnya sebagai wira negara.
"Saya anggap dia bukan mati sia-sia. Dia wira saya. Dia meninggal ketika mempertahankan negara. Sepupu saya yang turut bertugas di operasi sama memaklumkan ayah saya meninggal dalam keadaan tenang dengan raut wajah tersenyum," katanya.
Berkongsi kenangan bersama ayahnya, Shahrul Epanddy berkata, kali terakhir mereka bertemu adalah Ogos lalu di Bahau namun tiada tanda-tanda pelik seakan mereka tidak akan bertemu lagi buat selamanya.
Mendiang Baharuddin akan disemadi di kampung halamannya esok.
Sementara itu di PADANG BESAR, rakan setugas yang rapat dengan mendiang, Kpl Alang Angah berkata, ketika keluar membuat rondaan kira-kira pada pukul 9 malam tadi, mendiang tidak menunjukkan apa-apa perubahan, dan seperti biasa dia nampak bersemangat menjalankan tugas.
“Saya panggil dia sebagai 'Baha' dan dia seorang yang peramah dan penyabar," katanya ketika ditemui Bernama.
Menurutnya, beliau memang rapat dengan mendiang, malah menganggap mediang seperti adik kandung sendiri.
Di ALOR SETAR, adik tiri mendiang, Kpl Basir Sampe, 43, pula berkata abangnya yang merupakan anak keempat dari lapan beradik itu telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai anggota PGA dan sangat tegas ketika menjalankan tanggungjawab.
“Saya memang sangat rapat dengan dia kerana kami bekerja dan tinggal dalam satu kem yang sama. Sudah menjadi kebiasaan, kami akan bersembang dan kali terakhir saya jumpa dia pukul 3 petang semalam dan pada masa itu dia tidak tunjuk sebarang perubahan,” katanya kepada Bernama.
“Kami sekeluarga terkejut kerana dia memang seorang abang dan ayah yang penyayang, dan tiada masalah dengan keluarga. Dia juga kerap pulang ke kampung dan akan berjumpa dengan saudara dan rakan-rakan, jadi kehilangan dia sangat besar,” tambahnya.
“Walaupun lagi beberapa hari hendak pulang ke Kem Bidor, dia tidak tunjuk sebarang perubahan mungkin kerana sudah biasa berkhidmat dan berjauhan dengan keluarga. Tetapi, kepulangan dia kali ini merupakan yang terakhir,” katanya. - BERNAMA
BACA: Dua anggota PGA tunjuk keberanian sangat hebat- KP Perlis
BACA: Kes tembak anggota PGA di sempadan: Keadaan di lokasi kejadian terkawal - IGP
Bernama
Tue Nov 24 2020
Menurut Relow Ko, mendiang suaminya, Kpl Baharuddin Ramli yang mula berkhidmat sebagai anggota polis ketika usia 19 tahun merancang untuk bersara empat tahun lagi dan berhasrat balik ke Bahau untuk bersama keluarga. - Gambar BERNAMA
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Anggota PGA maut ditembak: Reman terhadap 15 suspek warga tempatan disambung
Perintah reman ke atas 15 warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian serangan ke atas dua anggota PGA disambung sehingga 2 Disember depan.
Penjenayah rentas sempadan boleh bertindak luar batasan, ATM nasihat anggota berhati-hati
ATM giat mempertingkat dan memperkukuh kawalan persempadanan khususnya di lorong-lorong tikus.
Dua anggota PGA yang ditembak dinaikkan pangkat sarjan - KPN
Kedua-dua anggota PGA itu dinaikkan pangkat sarjan secara posthumous atau anumerta berkuat kuasa hari ini sebagai menghargai sifat keberanian luar biasa mereka.
Anggota PGA Koperal Baharuddin Ramli selamat disemadi
Upacara pengebumian yang dilaksanakan mengikut istiadat polis itu selesai kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Anggota PGA maut ditembak: 18 individu direman empat hingga tujuh hari
18 individu direman selama empat hingga tujuh hari susulan kejadian seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut ditembak di sempadan Malaysia - Thailand, Padang Besar.
Anggota PGA ditembak: "Suami tinggalkan kami sebagai wira negara" - Isteri
Isteri mendiang Koperal Baharuddin Ramli, Relow Ko sifatkan suaminya seorang wira negara.
Dua anggota PGA tunjuk keberanian sangat hebat- KP Perlis
Tindakan mereka itu juga berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan ketum dan ubat batuk.
Kes tembak anggota PGA di sempadan: Keadaan di lokasi kejadian terkawal - IGP
Kes tembak PGA di sempadan: Keadaan di lokasi kejadian terkawal - IGP