KUALA LUMPUR: Jika semalam, peratusan responden menunjukkan ramai bersetuju agar pemakaian pelitup muka diwajibkan semula, angka peratusan mula menunjukkan perbezaan pada petang ini.

Sehingga pukul 8.25 malam tadi, sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan responden Astro AWANI tidak bersetuju agar pemakaian pelitup muka diwajibkan semula di negara ini.

Daripada keseluruhan 2,694 responden, 1,347 menjawab tidak, 43 peratus atau 1,158 responden menjawab ya, manakala tujuh peratus atau 189 responden lagi menjawab tidak kisah.

Kredit: Astro AWANI

Hari ini (6 Januari 2023), Astro AWANI mengajukan soalan kepada netizen bertanyakan sama ada pemakaian pelitup muka diwajibkan semula dalam usaha mengekang wabak.

Kami menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu dan kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi di Astro AWANI.

Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.

Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.