Umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidiladha, salah satu hari yang penting menurut kalendar Islam.

Aidiladha yang menandakan berakhirnya ibadah Haji di Mekah juga diraikan sempena memperingati peristiwa Nabi Ibrahim yang diminta mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai bukti ketaatan kepada Allah SWT.

Pada tahun ini, sesetengah negara menyambut kedatangan Aidiladha pada Sabtu, 4 Oktober, manakala ada negara seperti Malaysia menyambutnya pada Ahad, 5 Oktober.

Namun, kemeriahan menyambutnya tetap dirasai kalangan umat Islam.

Foto-foto kemeriahan sambutan Aidiladha di seluruh dunia diabadikan dalam galeri foto ini.