KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis Media pada masa ini dilihat bertepatan dengan waktu dan keperluan industri semasa dalam memastikan kebajikan pengamal media dan kualiti berita berada di tahap terbaik.
Penasihat Editorial BebasNews.My Datuk Zaini Hassan berkata penubuhan Majlis Media itu juga mampu meningkatkan profesionalisme wartawan ke tahap yang lebih tinggi sekali gus mewujudkan tanda aras baharu bagi profesion itu.
"Saya dan beberapa wartawan senior lain sentiasa sebut mengenai perkara ini, sudah tiba masanya untuk kita wujudkan Majlis Media. Biar Majlis Media ini menjadi timbang tara kepada apa yang dilakukan oleh individu mahupun sesebuah organisasi media.
"Kita harus bezakan pengamal sosial media dengan wartawan yang sebenar. Sebagai wartawan, kita tahu landasan kewartawanan kerana kita diajar dan dilatih ke arah kewartawanan profesional. Biar wartawan ini ada satu institusi yang akan memantau dan melindungi mereka," katanya dalam program Malaysia Petang Ini bertajuk 'Sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia' terbitan Bernama TV hari ini.
Mengulas mengenai sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia, Zaini yang juga bekas Pengarang Kanan Utusan Malaysia berkata sambutan itu dilihat cukup signifikan dan erti sebenar kebebasan perlu dihayati bagi meningkatkan peranan pengamal media dalam pelaporan berita berlandaskan nilai profesionalisme.
"Sebagai organisasi media, kita bertanggungjawab untuk memberi kritikan, teguran dan buah fikiran kepada semua pihak. Kalau kita lihat Indonesia, mereka sudah melaporkan (berita) secara bebas tanpa perlu takut kepada pihak-pihak tertentu.
"Jika benar Malaysia berada pada tangga ke-73 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2023, maka kita perlu amalkan kebebasan media itu. Kerajaan harus lakukan reformasi agar perkara ini dapat dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023
Zaini berkata penubuhan Majlis Media itu juga mampu meningkatkan profesionalisme wartawan ke tahap yang lebih tinggi sekali gus mewujudkan tanda aras baharu bagi profesion itu. - Gambar fail
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Majlis Media perlu bebas meskipun kos operasi dibiayai kerajaan - Uni
Katanya, institusi kewartawanan yang bebas dan profesional adalah penting bagi landskap demokrasi sesebuah negara.
Jawatankuasa pro-tem bermula, Majlis Media menjelang Disember
Ia akan membincangkan Majlis Media sebagai sebuah badan kawal-selia kendiri (self-regulatory body) bagi menjaga kepentingan media.
Dua bidang utama jadi fokus untuk kebebasan media - Gobind
Katanya, kerajaan baharu menjanjikan lebih banyak ketelusan dan akauntabiliti dan menghapuskan undang-undang bercorak menindas yang pernah digunakan sebelum ini.
Majlis Media dijangka ditubuhkan menjelang akhir tahun ini - Gobind Singh
Beliau berkata mesyuarat pertama penubuhan majlis tersebut diadakan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya hari ini.
Akta berkaitan media dikaji semula, beri lebih kebebasan - TPM
Kerajaan sedaya upaya mahukan kebebasan penulisan dan penerbitan serta penyiaran bahan-bahan itu tidak terlalu terkongkong dengan garis panduan sedia ada.