Sudan: 700,000 kanak-kanak diancam kekurangan zat makanan

Bernama
Februari 10, 2024 05:15 MYT
Kekurangan zat makanan yang semakin mendesak pada tahun ini telah menjejaskan sekurang-kurangnya 700,000 kanak-kanak di Sudan. - Gambar fail/AP
AMMAN: Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.
Kekurangan zat makanan yang semakin mendesak pada tahun ini telah menjejaskan sekurang-kurangnya 700,000 kanak-kanak.
"Kesan daripada 300 hari (konflik), mendedahkan lebih 700,000 kanak-kanak kepada kemungkinan mengalami kekurangan zat makanan yang boleh menyebabkan kematian pada tahun ini.
"UNICEF tidak dapat merawat lebih daripada 300,000 mangsa tanpa akses yang lebih baik serta sokongan tambahan," kata jurucakap UNICEF James Elder pada sidang akhbar di Geneva pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
-- BERNAMA
#UNICEF #Sudan #kekurangan zat makanan #konflik #kebuluran