Kerajaan mengesan perbuatan pihak tertentu yang cuba membangkitkan isu perkauman dan 3R (Race, Religion and Royalty) iaitu Kaum, Agama dan Institusi Diraja telah meningkat dua kali ganda pada tahun ini berbanding 2018.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata berdasarkan data-data yang dikumpul oleh pihak polis, ia menunjukkan terdapat kecenderungan berlakunya sesuatu yang tidak baik.
Muhyiddin berkata ‘suhu panas’ yang meningkat susulan isu 3R ini harus diredakan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Ujarnya, amaran tegas dikeluarkan dan beliau sudah memaklumkan kepada pihak polis supaya tidak bertolak ansur sekiranya terdapat pihak yang masih mencetuskan sentimen melibatkan 3R.
“Kami harus turunkan ‘suhu’ yang semakin meningkat berdasarkan sentimen perkauman, agama dan institusi Diraja ini. Lebih cepat kami turunkan, lebih baik untuk negara.
“Jika ada pihak yang tidak berpuas hati dan tidak memikirkan tentang tahap suhu yang meningkat, maka akan berlaku sesuatu yang tidak baik.
“Saya sudah mengeluarkan amaran tegas dan memaklumkan kepada pihak polis bahawa kita tidak boleh bertolak ansur dalam keadaan sebegini,” katanya kepada wakil media selepas merasmikan program Bicara Merdeka Kedua di ibu kota pada Sabtu.
Tambahnya, kerajaan tidak akan berkompromi jika masih terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dan terus mencetuskan sentimen perkauman, keagamaan dan berhubung dengan soal institusi raja.
“Jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan buat sesuatu yang boleh mencetuskan sentimen-sentimen perkauman, keagamaan atau berhubung dengan soal institusi raja dan lain lagi, kami tidak boleh berkompromi.
“Tindakan akan diambil dan akan terus diambil, bukan setakat memberi amaran sahaja.
“Data-data yang dikumpul pihak polis dan ditaklimatkan kepada saya serta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan bahawa sudah terdapat kecendurungan yang tidak baik berasaskan 3R itu.
“Terbukti peristiwa-peristiwa yang tercetus di banyak tempat dalam negara kita dan disatukan bilangannya agak hampir dua kali ganda daripada tahun yang lalu,” katanya lagi.
Beliau berharap agar kemerdekaan yang sudah dicapai dapat terus terpelihara dan tidak runtuh disebabkan perbuatan khianat terhadap negara oleh sesetengah pihak.
Oleh itu, beliau menyeru pimpinan politik, masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum supaya mengambil berat perkara tersebut demi keamanan negara.
Isabelle Leong
Sat Aug 24 2019
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata berdasarkan data-data yang dikumpul oleh pihak polis, ia menunjukkan terdapat kecenderungan berlakunya sesuatu yang tidak baik. - Foto Astro AWANI
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
123 peratus isu 3R direkod pada suku pertama 2024
Aaron Ago Dagang berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan PDRM, sebanyak 162 kes dicatatkan di seluruh negara yang melibatkan pergaduhan antara kaum.
Jangan taksub guna media sosial hingga sebar maklumat palsu berkaitan 3R
Orang ramai diingatkan supaya berfikiran rasional dan tidak terlalu taksub ketika menggunakan media sosial terutama maklumat berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja).
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Ahli Parlimen, Senator harus beri contoh terbaik jaga sensitiviti 3R
Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara harus sentiasa memberi contoh terbaik kepada rakyat dalam menjaga keharmonian perpaduan dan menjaga kesensitifan berkait dengan 3R (bangsa, agama dan institusi Dira
'DAP sudah-sudahlah main isu sensitif' - MCA
Neow Choo Seong menasihatkan DAP untuk mencontohi BN sekali gus menunjukkan teladan baik dalam menjaga hati semua pihak.
Langkah MCMC turun kandungan sentuh 3R, iklan judi dalam talian wajar - Pakar
Walaupun Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntuk mengenai kebebasan rakyat mengeluarkan pendapat, namun ia tidak bersifat mutlak.
Bukti PH takut dengan pengaruh PN - Tuan Ibrahim
Semua pihak perlu jelas mengenai bentuk sentimen 3R yang dilarang kerana bukan semua isu tidak boleh diperkatakan.
Isu 3R: Kertas siasatan terhadap Hadi, Tun Mahathir dihantar ke AGC - KPN
Polis telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu 3R.
Dr Mahathir perlu henti kelirukan rakyat libat isu 3R - Tiong
Tiong berkata, pemimpin seharusnya mencontohi sikap Tun Abdullah yang berdiam diri dan terus mendoakan kesejahteraan untuk negara ini.
Tun M mahu terus bersuara dalam isu 3R
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu terus bersuara terutamanya melibatkan isu-isu 3R yang menyentuh agama, bangsa dan institusi diraja walaupun sudah sembilan kali disoal siasat polis berkenaan isu itu.