KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru penglibatan sukarelawan perubatan dan kesihatan bukan KKM untuk membantu menangani gelombang ketiga COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM memerlukan sukarelawan bagi jawatan Doktor Perubatan, Pegawai Sains Mikrobiologi, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Juruteknik Makmal Perubatan, Juru X-ray dan Pembantu Kesihatan Awam. 

Skop tugas sukarelawan yang diperlukan adalah untuk menjalankan perkhidmatan ialah:

1. Saringan suhu/simptom di fasiliti kesihatan/pintu masuk antarabangsa/ stesen kuarantin.
2. Siasatan kontak/pengambilan sampel COVID-19 di lapangan.
3. Penjagaan/rawatan pesakit di hospital.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah:

1. Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
2. Sihat dan cergas secara fizikal dan mental
3. Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan.
4. Tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID-19 dalam masa 14 hari.

Justeru, mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan, dipersilakan untuk melengkapkan pautan di bawah:

https://forms.gle/BinMRNpyKhnoosgt5

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi melalui e-mel: [email protected]
 
 
 
Sumber Facebook DGHisham