Sultan Perak Sultan Azlan Shah merupakan seorang yang menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketika dihubungi Astro AWANI.
"Kehilangan baginda amat terasa kerana beliau merupakan ikon badan kehakiman. Sampai sekarang, kita masih merujuk kepada kes-kes yang diputuskan oleh beliau. Perhakiman beliau melibatkan banyak topik. Ia memang dikagumi.
"Dari segi undang-undang, beliau memang tegas dan tiada kompromi. Baginda memang tulus. Oleh kerana cintanya kepada undang-undang, apa yang dilakukan kena mengikut undang-undang,” kata Arifin.
Pada ceramah umum yang diucapkan pada tahun 1984, Sultan Azlan Shah pernah berkata: “Kedaultan undang-undang bermaksud sama seperti apa yang tertulis: peraturan undang-undang. Ia bermakna bahawa orang harus mematuhi undang-undang dan diperintah olehnya. Tetapi dalam teori politik dan undang-undang, ia telah ditafsir bahawa pihak kerajaan diperintah dan tertakluk kepada undang-undang.
Baginda dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, merupakan hakim termuda dilantik dalam Komanwel, pada 1965 pada usia 37 tahun.
Pada 1973, baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan enam tahun kemudiannya pada 1979, sebagai Hakim Besar Malaya, jawatan yang dipegang baginda sehingga dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 November 1982 dan hakim termuda dilantik ke jawatan itu.
Pada 3 Februari 1984 baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak ke-34 berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah.
Astro Awani
Wed May 28 2014
MANGKAT: Sultan Perak Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari tadi.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar dimuktamad selepas semua kajian selesai - Fadillah
Pembinaan jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar bagi mengurangkan risiko kemalangan maut berhampiran Terowong Menora, hanya akan dimuktamadkan selepas semua kajian berkaitan selesai.
Maut selepas rempuh tiga kenderaan di lampu isyarat
Dua buah kereta dan sebuah motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat di persimpangan tersebut dirempuh kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu mangsa.
Lelaki Rohingya lari dari pusat kuarantin berjaya ditangkap
Seorang lelaki warga Rohingya yang dilaporkan melarikan diri dari Pusat Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah,Tanjung Rambutan pada Ahad sudah berjaya ditahan.
Kejayaan berpotensi cetus polemik perebutan kuasa - Sultan Nazrin
Baginda bertitah kejayaan juga boleh menyebabkan berlakunya pelbagai polemik perebutan kuasa sehingga mengheret kepada berlakunya krisis kepimpinan.
Perak perkenal e-Jodoh, modul poligami bulan depan
Ia bertujuan untuk memudahkan individu bujang mendapat pasangan hidup di samping memberi pencerahan berkaitan poligami menerusi modul yang diperkenalkan.
Masa depan Malaysia untuk semua, titah Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah tiada siapa patut diketepikan dalam perjalanan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah demokrasi matang agar setaraf dengan masyarakat dunia demokrasi maju yan
Peguam Negara boleh didakwa?
Bagaimanapun, Mohamed Hanipa tidak berhasrat untuk membuat sebarang spekulasi berhubung nasib yang bakal diterima Peguam Negara berkenaan.
Plagiarisme satu jenayah akademik - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perbuatan plagiarisme atau penjiplakan adalah satu jenayah akademik serta perilaku mungkar terhadap ilmu dan para ilmuwan yang wajib ditangani secara tegas.
MB Perak minta MAHB kemuka laporan penutupan LTSAS
Menteri Besar Perak meminta Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) menghantar laporan penuh berhubung penutupan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) hampir 24 jam semalam.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia sekat hasrat India ke final
Malaysia akhirnya meraih kemenangan pertama pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-26 apabila menumpaskan India 1-0.