JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa murka atas kejadian pengemudi bot yang membawa bot secara berbahaya di bawah pengaruh dadah berdekatan Pulau Rawa, Mersing, pagi Rabu.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, Sultan Johor yang mengakui melihat sendiri kejadian itu, berasa kesal dengan kejadian itu.
"Saya rasa kesal dengan kejadian yang berlaku betul-betul di depan mata saya. Saya lihat mereka bawa bot penumpang dengan laju dan berbahaya dekat jeti Pulau Rawa.
"Saya arahkan pihak polis menahan bot tersebut yang di dalamnya ada membawa satu keluarga dengan anak-anak kecil untuk aktiviti keliling pulau," titah baginda.
Justeru, Sultan Ibrahim mengarahkan agar semua agensi penguatkuasaan untuk meningkatkan rondaan dan mengambil tindakan tegas.
"Setelah pihak polis buat penahanan dan siasatan lanjut, jelaslah tindakan mereka memandu bot dengan tidak tentu arah kerana kesan pengaruh dadah.
"Ambillah tindakan tegas termasuk membatalkan lesen pemandu dan rampas bot yang tidak mengikut peraturan. Perkara seperti ini sangat memalukan industri pelancongan negeri Johor. Saya harap perkara sebegini tidak berulang lagi," titah baginda.
Semalam, polis menahan dua lelaki yang merupakan tekong dan awak-awak bot pelancong berkenaan selepas didapati membawa bot secara berbahaya bersama lima yang lain di perairan Mersing, dekat pulau berkenaan.
Hasil saringan pihak polis, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 22 hingga 26 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021
Sultan Ibrahim mengarahkan semua agensi penguatkuasaan untuk meningkatkan rondaan dan mengambil tindakan tegas. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Aktiviti selam skuba, snorkeling sekitar Mersing akan diteruskan selepas penilaian risiko
Insiden kehilangan penyelam di perairan itu pada Rabu lepas adalah yang kedua membabitkan pengemudi bot yang berada di bawah pengaruh dadah.
Sultan Ibrahim murka kejadian pengemudi bot khayal dadah di Mersing
Sultan Johor yang mengakui melihat sendiri kejadian itu, berasa kesal dengan apa yang terjadi.
Pengemudi bot yang hilang di Selat Melaka ditemui mati
Pengemudi bot yang dilaporkan hilang dalam kemalangan melibatkan dua buah bot di perairan Selat Melaka dekat Pantai Puteri Tanjung Kling Selasa lepas ditemui.