KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah menzahirkan rasa murka ekoran tidak merujuk baginda dalam keputusan berhubung isu tuntutan Batu Puteh (Pedra Branca).
Azalina berkata, baginda menyatakan murka dengan keputusan yang telah dilakukan kerajaan terdahulu sehingga pulau berkenaan menjadi milik Singapura ketika majlis menghadap bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir pada Januari lalu.
"Keputusan berhubung Batu Puteh satu yang unik kerana Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
"Kerajaan ketika itu melepaskan hak rayuan berkenaan dan perkara ini akan dibawa untuk perbahasan dalam pembentangan Kertas Putih mengenai Pulau Batu Puteh di Parlimen.
"Dalam apa juga situasi, alasan atau nasihat, hak merayu tidak sepatutnya dilepaskan," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang menjelaskan, isu Batu Puteh sepatutnya dirujuk kepada Sultan Johor ekoran membabitkan kedaulatan tanah jajahan negeri berkenaan sebelum sebarang keputusan dilakukan.
“Walaupun pulau itu kecil, tetapi lakaran kawasan (melibatkan) perairan kita (Malaysia). Jika dirujuk Akta Laut, daratan beberapa kilometer di bawah laut itu milik kerajaan negeri (Johor), namun dalam kes ini ia tidak dirujuk oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri mahupun Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Sementara itu Azalina berkata, Sultan Johor turut memuji usaha Malaysia untuk mendapat persetujuan mengadakan rundingan terperinci terhadap langkah Singapura menambak kawasan sekitar pulau itu menerusi pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada Januari lalu.
"Kita sudah terlepas peluang (membuat rayuan), namun apa yang menjadi keutamaan Malaysia supaya Singapura tidak melakukan pembangunan di pulau itu," jelasnya.
Sebelum ini media melaporkan, kerajaan akan membentangkan Kertas Putih mengenai isu kedaulatan Batu Puteh pada sesi Dewan Rakyat kali ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 13 2023
Azalina berkata, baginda menyatakan murka dengan keputusan yang telah dilakukan kerajaan terdahulu sehingga pulau berkenaan menjadi milik Singapura. - Gambar fail
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.
Jemaah Menteri setuju tubuh RCI kaji kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan,
Rayuan untuk kembalikan semula saman berhubung tuntutan Batu Puteh didengar pada 15 Nov
Pihak-pihak yang terlibat juga dikehendaki mengemukakan hujah masing-masing pada 18 Okt dan hujah balas pada 31 Okt.
Sultan Johor zahir murka isu Batu Puteh - Azalina
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah menzahirkan rasa murka ekoran tidak merujuk baginda dalam keputusan berhubung isu tuntutan Batu Puteh (Pedra Branca).
Singapura sedia pertahankan kedaulatannya ke atas Pulau Batu Puteh - MFA
Singapura bersedia mempertahankan kedaulatannya ke atas Batu Puteh (Pedra Branca) dan akan menangani tindakan perundangan yang mungkin diambil Malaysia.
Kerajaan nyahklafikasi laporan Pasukan Petugas Khas buku Tommy Thomas - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah pembentangan laporan pasukan petugas khas tersebut.
Kes Batu Puteh: Kerajaan teliti, muktamad langkah demi kembalikan maruah negara
Kerajaan telah meneliti dan memuktamadkan beberapa langkah yang akan dilaksanakan demi mengembalikan maruah serta kedaulatan negara berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Mahkamah benar permohonan PM, kerajaan batal saman berkaitan Pulau Batu Puteh
Perkara itu tidak mempunyai justifikasi dan Mohd Hatta Sanuri (plantif) tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan undang-undang.
Kes Batu Puteh: Tun M sedia maklum kedudukan Apandi, wajar persoal lebih awal - Wan Junaidi
Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menyingkirkan Apandi Ali sebagai Pengerusi PPK tanpa sebarang justifikasi.
Pulau Batu Puteh: Sultan Johor boleh beri kenyataan apa sahaja, itu hak baginda - Tun Mahathir
Jelasnya baginda mempunyai hak untuk menyatakan sebarang pandangan berkenaan isu tersebut.