KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru kerajaan negeri supaya merangka dan bersedia melaksanakan pelbagai strategi pemulihan yang berkesan serta komprehensif bagi memulihan ekonomi negeri ekoran penularan pandemik COVID-19.
Sultan Mizan bertitah, baginda berharap dalam belanjawan tahun-tahun yang akan datang, kerajaan negeri memfokuskan perbelanjaan untuk pertumbuhan dan pemulihan ekonomi negeri.
"Projek-projek pembangunan perlu dirancang dengan teliti bagi memastikan kemampanan pertumbuhan ekonomi dan keperluan jangka masa panjang.
"Semua perbelanjaan secara 'one-off' (sekali beri) perlu diteliti semula berdasarkan kedudukan dan komitmen kewangan semasa kerajaan negeri," titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Teks titah baginda dibacakan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sultan Mizan turut menyeru kerajaan negeri supaya memberi perhatian serius dalam usaha membangunkan sektor pertanian ke tahap lebih tinggi memandangkan sektor tersebut menjanjikan pulangan ekonomi yang berbaloi jika dilaksanakan dengan kaedah yang tepat.
Baginda berharap program dan insentif kepada petani, penternak dan nelayan dapat diteruskan dengan penambahbaikan pada masa akan datang.
Selain itu, Sultan Mizan juga mahu kerajaan negeri terus membantu golongan di bawah sektor industri kecil dan sederhana (IKS) daripada pelbagai sudut seperti bantuan sokongan kewangan, kemudahan premis perniagaan dan lain-lain agar mereka dapat terus bertahan dan menjalankan perniagaan.
"Sektor IKS antara sektor yang terkesan daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dikuatkuasakan. Ramai peniaga pasar tani, pasar malam, pengusaha restoran dan lain-lain yang kehilangan punca pendapatan, ramai yang terpaksa gulung tikar dan menganggur kerana tiada kemampuan kewangan untuk terus bertahan," titah baginda.
Dalam perkembangan sama, baginda menasihati kerajaan negeri agar berusaha mengembleng pelbagai inisiatif untuk menarik pelaburan baharu dengan kolaborasi pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan seperti Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Pmint); Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), walaupun menghadapi pelbagai cabaran ekonomi akibat COVID-19.
Dalam perkembangan lain, Sultan Mizan berharap pengurusan pemberian vaksin di Terengganu dapat dilaksanakan sebaik mungkin supaya negeri ini dapat mencapai imuniti berkelompok pada hujung tahun ini, atau sebelum musim Monsun Timur Laut melanda.
Oleh itu, baginda juga menyeru seluruh rakyat Terengganu meningkatkan usaha mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera, kaunter pendaftaran vaksin di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta serta lain-lain ditetapkan kerajaan.
"Justeru itu, beta juga berharap tindakan lebih tegas diambil dalam memastikan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi supaya penularan kes baharu dapat diatasi dalam keadaan sektor ekonomi dibuka," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Sultan Mizan bertitah, projek-projek pembangunan perlu dirancang dengan teliti bagi memastikan kemampanan pertumbuhan ekonomi dan keperluan jangka masa panjang. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Sultan Mizan mahu kerajaan Terengganu perkasa kerjasama dengan Persekutuan
Sultan Terengganu menyarankan kerajaan negeri mengambil pendekatan komprehensif dengan memperkasakan jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.
Sultan, Sultanah Terengganu kurnia sumbangan Aidilfitri
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan sumbangan kepada fakir miskin dan pelajar sekolah sempena Aidilfitri.
Kerajaan Terengganu perlu cari kaedah, model terbaik dalam sistem pentadbiran - Sultan Mizan
Sultan Mizan mengingatkan kerajaan negeri supaya menggandakan usaha dan mempergiatkan aktiviti untuk menggalakkan pelaburan bagi memastikan Terengganu kekal kompetitif.
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan bonda.
Bonda Sultan Terengganu mangkat
Bonda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, iaitu Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah kembali ke rahmatullah, awal pagi Khamis.
Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu esok, mohon bubar DUN
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar akan menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin esok, untuk mendapat perkenan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN.
Sultan Mizan rasmi Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Mushaf Sultan Zainal Abidin yang menerapkan seni hiasan beridentitikan Terengganu.
Sultan Mizan titah jaga akhlak semasa PRN
Sultan Mizan bertitah supaya berkempen secara sihat dan menunjukkan akhlak serta teladan baik kepada rakyat.
Sultan Mizan Zainal Abidin kurnia darjah kebesaran kepada 111 individu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Gelaran dan Darjah Kebesaran Bintang-Bintang serta Pingat kepada 111 individu di Istana Syarqiyyah di sini, hari ini.
Raikan kepelbagaian bangsa dan agama, kekalkan toleransi antara kaum - Sultan Mizan
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan rakyat di negeri ini supaya meraikan kepelbagaian bangsa dan agama dengan mengekalkan toleransi antara kaum.