Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengingatkan semua pemimpin parti politik supaya menghindari perkara-perkara sensitif seperti mengapi-apikan sentimen rakyat semasa berkempen pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Pesanan baginda itu disampaikan melalui titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini pada majlis santapan tengah hari sempena ulang tahun hari keputeraan ke-85 Sultan Azlan Shah yang berlangsung di Istana Iskandariah di sini.
Titah Raja Nazrin, Sultan Azlan mengingatkan bahawa kesemua perkara yang menyentuh isu agama, kaum, budaya serta bahasa jika dieksploitasi tanpa rasa tanggungjawab boleh menjejaskan perpaduan di kalangan rakyat.
"Baginda menyeru agar rakyat baginda berupaya mencerminkan sifat berhemah demi memastikan kelangsungan sebuah negara merdeka yang berdaulat, makmur lagi sejahtera, mendukung prinsip dan amalan demokrasi secara matang lagi bertanggungjawab," titah Raja Nazrin.
Sultan Azlan meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan dan pengalaman pelbagai institusi negara terutama Suruhanjaya Pilihan Raya dan pasukan keselamatan untuk menentukan pilihan raya dapat berlangsung dalam keadaan lancar, aman dan tenteram, titah baginda.
Raja Nazrin bertitah Sultan Azlan Shah juga mengingatkan bahawa keamanan dan ketenteraman, kesejahteraan serta kemakmuran adalah anugerah besar daripada Ilahi yang wajib dipelihara setiap masa.
Sultan Perak yang turut mengikuti perkembangan politik semasa dan pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi sekali lagi menegaskan peranan berkecuali takhta serta Raja Pemerintah yang tidak memihak mana-mana kumpulan politik, titah baginda.
"Malah baginda menegaskan betapa pentingnya bagi Raja Pemerintah mencerminkan dan mempamerkan sikap berkecuali agar Raja Pemerintah dapat berperanan sebagai penimbang tara yang adil lagi saksama untuk membantu merungkai sebarang konflik dan kekusutan jika berlaku," titah Raja Nazrin.
Raja Nazrin turut bertitah Sultan Perak yang pada ketika ini masih perlu beristirehat menyampaikan salam dan menzahirkan ucapan terima kasih baginda dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun atas ucapan dan doa oleh semua pihak yang memperlihatkan perhatian berat terhadap baginda berdua.
"Walaupun dalam keadaan masih perlu beristirehat, baginda tidak terlepas pandang akan tanggungjawab terhadap negeri dengan menitahkan agar hari ulang tahun keputeraan baginda terus disambut secara simbolik sebagai tanda menghormati peranan penting institusi takhta dan Raja Pemerintah," titah baginda.
Sementara itu, sambutan hari ulang tahun keputeraan ke-85 Sultan Azlan Shah hari ini disambut sederhana dengan majlis santapan yang dihadiri kerabat diraja, pemimpin kerajaan negeri dan masyarakat, ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan dan wakil badan bukan kerajaan.
Ia disusuli dengan majlis bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Ubudiah di sini sebelum berlangsungnya solat Jumaat.
Bernama
Fri Apr 19 2013
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
"Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib" - Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
MIC bangkit menjadi 'kingmaker' dalam PRU15
Hubungan antara UMNO dan Bersatu semakin renggang kerana parti itu mendakwa kononya Bersatu membelakangkan kepentingan UMNO dalam kerajaan PN.
MIC mampu raih sokongan majoriti pengundi India
Vigneswaran banyak menumpukan perhatian kepada isu menjaga kebajikan ahli-ahli parti selain membela hak-hak politik mereka.
Najib lebih suka terima derma daripada kerabat Arab Saudi
Najib berkata, beliau lebih selesa jika tidak menerima sumbangan korporat kerana tidak mahu terhutang budi kepada sesiapa.
Usahasama antara 1MDB-Aabar untuk biayai dana PRU13 - Saksi
Shahrol Azral berkata, usahasama itu juga merupakan cadangan daripada Najib sendiri.
Perbicaraan SRC: 'Derma kontroversi' RM2.6 bilion dari Arab Saudi timbul
Derma itu dibangkitkan peguam pembelaan, Harvinderjit Singh apabila menyoal balas pengurus AmBank cawangan Raja Chulan, R. Uma Devi.
Peluang menang lebih mudah untuk BN di PRK Rantau
Kenyataan pemimpin MIC dan MCA untuk membubarkan BN baru-baru ini tidak menjejaskan prestasi BN sendiri dalam PRK Rantau kelak.
Undi Pas tentukan keputusan PRK Cameron Highlands
SEBANYAK tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) telah diadakan pada tahun lepas iaitu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bekas ADUN Gunung Semanggol meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Perak, Mohd Zawawi Abu Hassan, 42 tahun, meninggal dunia di Hospital Taiping, kira-kira pukul 6.15 pagi Selasa.
PRK Cameron Highlands tunjuk pola sokongan India kepada MIC
Sokongan pengundi India secara besar-besaran telah membantu PH menamatkan pentadbiran kerajaan BN yang memerintah selama 61 tahun dan meletakkan PH di atas singgahsana Putrajaya.