Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kini di persimpangan dilema apabila menyatakan persetujuan untuk menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad seandainya mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, jawapan Presiden PKR itu cubaan melindungi diri sekali gus mahu memuaskan desakan dalaman termasuk dari Otai Reformasi.
Jelasnya, Wan Azizah pasti mengambil sikap diplomatik untuk memuaskan hati setiap orang di dalam Pakatan Harapan (PH).
"Wan Azizah, PKR dan DAP sangat memerlukan Tun M bagi berdepan dengan UMNO sebagai senjata akhir mereka selepas beberapa kali sebenarnya usaha percubaan untuk menawan Putrajaya gagal pada 2013 dan 2008.
"Usaha itu gagal tanpa kehadiran orang bekas UMNO (Tun M) yang kontemporari sifatnya sebelum ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: PKR belum lupa perbuatan Dr Mahathir - Annuar Musa
BACA: Anwar, Kit Siang tidak akan biar mahathir jadi PM - Salleh
Pada Rabu, Wan Azizah dilaporkan bersetuju dengan tuntutan aktivis reformasi yang mahu pembangkang menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Dr Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU ke-14.
Wan Azizah berkata, sehingga keputusan PRU diketahui, pakatan pembangkang bersetuju untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai pengerusi bagi gabungan berkenaan.
Awang menjelaskan Wan Azizah dan komponen PH memerlukan sokongan Tun M yang berpengalaman luas dan lebih memahami kelicikan berdepan dengan UMNO.
"Tun M tahu kelemahan UMNO, maka PH dapat memanipulasikan suasana itu untuk melemahkan UMNO.
"Kekuatan pada Tun M boleh diguna pakai untuk kemenangan PH, sebab itu mereka membuat gabungan yang tidak terfikir oleh rakyat Malaysia, iaitu pakatan gabungan Anwar dan Tun M," jelasnya.
Tegasnya, Wan Azizah kini melihat kepentingan politik mengatasi sejarah perbalahan di antara Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada Khamis, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan persetujuan Wan Azizah dalam isu suruhanjaya bebas itu menunjukkan PKR bersikap berwaspada terhadap tindak tanduk Dr Mahathir.
Jelas Annuar, ia tindakan berhati-hati Wan Azizah sendiri walaupun secara zahirnya Dr Mahathir diterima menyertai pakatan pembangkang dan dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.
Afza Fahmidah
Fri Jul 28 2017
AWANG: Wan Azizah kini di persimpangan dilema apabila menyatakan persetujuan untuk menyiasat tuduhan terhadap Dr Mahathir. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.