SEMPORNA: Polis mengesahkan suspek yang dipukul dalam kejadian kes curi di sebuah pasar raya di daerah ini hanya cedera dan bukannya meninggal dunia seperti ditularkan di media sosial.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian itu susulan sebuah video yang tular di media sosial pada Khamis.
Katanya, satu laporan polis telah diterima pada jam 1.21 petang Khamis oleh seorang pengadu yang menyatakan telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun disyaki terlibat dalam kes curi di pasar raya di Jalan Bugaya.
"Kejadian berlaku pada jam 3 petang Rabu di mana pengadu sedang bekerja di pasar raya berkenaan dan telah menahan seorang suspek.
"Suspek cuba melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna hitam dan selepas itu beberapa pekerja pasar raya cuba menahannya, namun suspek bertindak memandu secara berbahaya sehingga melanggar dua kenderaan lain yang diletakkan di hadapan pasar raya dan merosakkan kedua-dua kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Farhan berkata, atas ihsan seorang individu lain telah membayar kerugian terhadap kerosakan kedua-dua kenderaan terbabit.
"Suspek kemudian dilepaskan atas perbincangan antara mereka dan hasil siasatan lanjut mendapati suspek telah mencuri dua botol syampu dan satu losyen tangan yang bernilai RM126.
"Suspek juga mempunyai 11 rekod lampau iaitu dua kes jenayah di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 380 kanun yang sama serta sembilan rekod melibatkan kesalahan dadah," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Farhan berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes itu dengan mengambil kenyataan saksi insiden di pasar raya berkenaan.
"Suspek kemudian berjaya ditahan pada jam 4.50 petang tadi dan bukan meninggal dunia seperti yang ditularkan tetapi hanya cedera akibat dipukul dalam kejadian itu.
"Suspek ditahan reman bermula esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.
Sebelum itu, Mohd Farhan menasihatkan supaya pemilik pasar raya segera membuat laporan jika berlaku kes kecurian dan menyerahkan suspek kepada pihak polis. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 29 2022
Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes itu dengan mengambil kenyataan saksi insiden di pasar raya berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Polis mengesahkan penahanan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali ramai sebagai 'Papagomo' di rumahnya di Putrajaya pada pagi Jumaat.
AWANI Borneo [13/12/2024] – Renjatan Elektrik | Musa Aman TYT Sabah Baharu? | Cubaan Lemahkan Kerajaan Sabah
Tumpuan AWANI Borneo 13 Dis 2024 bersama Fauzi Zin
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Ulat dalam telur masin, premis makanan diarah tutup
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengarahkan sebuah premis makanan di Sungai Petani yang tular kerana menjual telur masin mengandungi ulat baru-baru ini, ditutup serta-merta.
‘Abang Bas’ didakwa lakukan amang seksual, menangis di kandang tertuduh
Seorang pemandu bas yang ditahan kerana memuat naik rakaman video penumpangnya yang dipercayai pelajar sekolah rendah dan menggelarnya sebagai 'crush' didakwa di mahkamah hari ini.
Misteri 'hantu ketawa' atas bumbung masjid terungkai
SUARA misteri wanita ketawa di sebuah masjid yang menakutkan penduduk setempat sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab.
'Pesan mi tarik, dapat nasi daging babi'
Izham Nayan dakwa pekerja sebuah syarikat penghantar makanan tersalah hantar makanan berasaskan daging babi ke rumah rakannya yang beragama Islam.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Fahmi arah MCMC ambil tindakan individu ulang siar video lama
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendakwa video tular di laman sosial, TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @janggut.putih merupakan rakaman pada tahun 2019.
Ibu dakwa ada kesan kemerahan pada leher anak - Polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.
Polis rampas pistol warga emas
Polis merampas sepucuk pistol yang disyaki digunakan seorang warga emas yang tidak berpuas hati dengan ejen penarik kereta, yang video kejadian itu jadi tular di media sosial baru-baru ini.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
'Arwah ada sejarah lampau, tapi tiada hak dipukul hingga mati'
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adiknya, tidak sepatutnya mengambil langkah menggunakan kekerasan.