Susulan adik positif COVID-19, Ras Adiba berdebar tunggu keputusan ujian saringan

Astro Awani
November 2, 2020 04:40 MYT
Ras Adiba mengesahkan bahawa adiknya yang juga pegawai khas beliau, Ras Afiona dijangkiti virus COVID-19. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ras Afiona Radzi, adik kepada Ahli Dewan Negara, Senator Ras Adiba Radzi disahkan dijangkiti COVID-19.
Ras Afiona yang juga pegawai khas kepada kakaknya itu kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Ras Adiba ketika dihubungi pada Isnin memaklumkan, beliau dan ahli keluarganya masih menunggu keputusan ujian saringan COVID-19.
Kata Ras Adiba, menunggu keputusan ujian itu merupakan saat yang mendebarkan buat beliau dan ahli keluarganya.
"Sudah tentu berdebar. Pelbagai perasaan dirasakan. Doakan yang baik-baik buat saya ya," katanya kepada Astro AWANI.
Pada Ahad, Ras Adiba berkongsi berita adiknya positif COVID-19 di akaun media sosialnya.
"Untuk makluman semua, saya dan seramai 10 orang ahli keluarga saya sedang menunggu keputusan saringan COVID-19.
"Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang telah menimpa saya dan keluarga," memetik kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter peribadinya.
Dalam masa sama, Ras Adiba berkata, beliau redha dengan dugaan dan cabaran yang mendatang serta berdoa supaya semua rakyat Malaysia dilindungi daripada dijangkiti wabak tersebut.

pic.twitter.com/liNPh9HMM4

— Ras Adiba Radzi (@SenatorRasAdiba) November 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin ditangguhkan sehingga jam 1 petang selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan terdapat pegawai Dewan Negara yang disahkan positif COVID-19.
Malah, Takiyuddin berkata Ahli-ahli Dewan Negara sedang diperiksa untuk memastikan mereka tidak dijangkiti wabak itu.
#Ras Adiba Radzi #Ras Afiona Radzi #Takiyuddin Hassan #Dewan Rakyat #Dewan Negara #Parlimen #COVID-19