SUV terjunam ke dalam terusan, 13 maut

Astro Awani
April 19, 2021 03:18 MYT
Seramai 13 orang, majoritinya kanak-kanak, mati lemas selepas kenderaan SUV mereka terjunam ke sebuah terusan di sebuah bandar pergunungan di utara Filipina, pada Isnin. -Kalinga Philippine National Police
MANILA: Seramai 13 orang, majoritinya kanak-kanak, mati lemas selepas kenderaan SUV mereka terjunam ke sebuah terusan di sebuah bandar pergunungan di utara Filipina, pada Isnin.
Dua lagi penumpang SUV itu terselamat namun mengalami kecederaan.
Tujuh yang maut adalah kanak-kanak, kata pihak berkuasa.
Kesemua mangsa dilapor dalam perjalanan ke sebuah tasik terkenal.
Polis sedang menyiasat punca kejadian tetapi laporan awal menunjukkan pemandu SUV itu hilang kawalan menyebabkan SUV itu terjunam ke dalam terusan.
Kemalangan jalan raya kerap berlaku di kawasan pergunungan utara negara itu berpunca daripada keadaan kenderaan, kekurangan pagar dan papan tanda keselamatan, serta kelemahan penguatkuasaan peraturan pengangkutan.
#kemalangan #Filipina #lemas #SUV #Kanak-kanak #terjunam ke dalam terusan #bandar pergunungan