KUALA LUMPUR: Perang mulut di antara Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di ruangan media sosial sejak beberapa hari lepas tidak terhenti pada pusingan perlawanan suku akhir Piala Malaysia semalam.
Pada Isnin, Tunku Ismail mengirim sejambak bunga ros merah dan beberapa bungkusan makanan segera daripada McDonalds kepada Sanusi.
Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam satu posting di Facebook berkongsikan gambar bunga ros dengan nota bertulis “dengan ingatan tulus ikhlas dari TMJ”.
“Menjunjung Kasih TMJ atas kiriman bunga dan McDonalds, hari Khamis ini kita berentap lagi, kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan. Kasi panas ‘line’ itu wajib laaa,” tulis Sanusi.
Sementara itu, TMJ dalam perkongsian di IG Stories turut memuat naik kepingan foto yang memaparkan Sanusi bersama jambakan bunga yang diterimanya dengan tampalan stiker bertulis “aww sweet,” pada Isnin.
Sebelum ini, platform media sosial hangat dengan sindiran pedas di antara Tunku Ismail dan Sanusi selepas isu pembayaran gaji pemain Kedah Darul Aman FC dibangkitkan oleh Tunku Ismail.
Tulis Tunku Ismail, “bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol”.
BACA: Isu tidak bayar gaji pemain KDA FC: Sanusi nafi dakwaan TMJ
Bagaimanapun, Sanusi tampil menyangkal dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa pihaknya telah selesai membuat bayaran tunggakan gaji pemain negeri itu.
“La ni bulan sebelaih dah... bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa??? Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia,” kata Sanusi.
Dalam satu lagi posting, beliau menambah kenyataan berupa sindiran yang menunjukkan bahawa beliau telah sekian lama bermain bola sepak berbanding TMJ.
“Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah.. La ni pun dok main bola lagi.. diet apa diet?” tambah Sanusi lagi pada Ahad.
Susulan insiden perang mulut tersebut, perlawanan di antara KDA FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan orang ramai yang mana pertembungan kedua-dua pasukan itu hanya berakhir dengan 0-0 pada malam tadi.
Faris Danial Razi
Mon Nov 15 2021
Sanusi Md Nor menerima kiriman sejambak bunga ros merah dan beberapa bungkusan makanan segera daripada McDonalds daripada Tunku Ismail. - Facebook Muhammad Sanusi Md Nor
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Tunku Ismail berkenan derma rumput hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil
Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih sesuai ditanam di venue keramat Harimau Malaya itu.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ
Tunku Ismail menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
Rombakan Exco Johor, Aznan ganti Norlizah
Rombakan dan penstukturan semula barisan Exco Johor menyaksikan ADUN Norlizah Noh digugurkan dari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
Fahmi, Saifuddin serta tiga menteri JPM merafak sembah pelantikan Tunku Mahkota Ismail
Beberapa jemaah menteri turut merafak sembah dan menitipkan doa dan kesejahteraan kepada Tunku Mahkota Ismail serta keluarganya.
Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.
Tunku Ismail bakal dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor esok
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan dilantik sebagai Pemangku Sultan dalam Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan esok.
Tukar rumput demi Harimau Malaya
Katanya, penukaran rumput bukan sahaja bawa kesan positif kepada Liga Malaysia tetapi juga bakal lahirkan pemain berkualiti Harimau Malaya.